Sunday, February 19, 2012

BiLik Rara KKC47a sem 2011/2012

Dear DiarY PinOkOo,

Salam Semua ^^


Alhamdulillah, selamat juga tiba di Perlis dr KL semalam. Dah la sedikit kebenggapan semalam bila menunggu bas yg lewat sejam. Wajib lepas nie rara xkan jejak dah kat kaunter bas tersebut. Tepat 7pg tadi rara selamat sampai kat hostel. Sampai-sampai jer rara xduduk diam, kemas terus semua barang-barang termasuk meja dan katil. Dahla siap pontem seminggu yg lalu. Rara sepatutnya daftar pada 12hb tapi disebabkan hal-hal la sgt rara daftar 19hb.


Kira seminggu la juga rara x pergi kelas. Tapi biasanya minggu first nie kelas kebanyakkannya batal. sO xbape rugi la xbalik awal-awal. Malam nie rara rajin tersangat nk upload gambar comel meja dan katil apabila penat sehari mengemas. Ye la, rara ni selagi x kemas semua barang-barang selagi tue rara xboleh pg kelas. Pelikkan perangai sebegitu, padahal malas! hOhoHO ^^But sory sangat-sangat sebab bila rara upload gmbr, tiba-tiba gmbr tue tersenget. sO pandai-pandai la kamu nk tgk mcm mana.




Yg wajib ada diatas meja adalah buku tulis bagi setiap subjek. Dah beli awal-awal lagi. Comelkan ^^ Semangat x rara sem nie?



Story FairY Tales ^^, yg nie xboleh tggl kena bawa juga. Bila bosan-bosan tue boleh rara baca cerita princess frog, repunzel, snow white dan banyak lagi la. Jangan ckp saya budak-budak oke!! Sebab sememangnya saya sebegitu. Incik.S pom kasi saya beli ,nie kan kamu yg xda kena mengena dengan saya. Bukan setakat buku jer incik.S bagi beli sekali-sekali incik.S beli cd cerita princess frog lagi kat rara. KamO tersangatlah memahami diriku ini ^^




Gambar lappY pom nk upload???? no nO NO oke! nie bukan sekadar lappY ini lappY dadY yg bagi ^^ kamO ada??




This is my table yg selalu buat saya tersenyum setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari setiap masa&waktu ^^ Percayalah! Pinky always.








Novel yg sudah lama rara cari. Satu KL rara cari tapi xjumpa-jumpa, nasib baik jumpa kat Perlis.
Dalam masa sehari habis baca novel nie, sebab ceritanya yg sgt romantik ^^




The last kincir yg rara buat ^^ pinkY bird.

Wednesday, February 15, 2012

MURoC : Malaysia University Robot Competitions Unimap

Dear DiarY PinOkoO,


Salam ^^


Hari tue rara and mira telah sertai pertandingan MURoC^^ Kami bukan menyertai tetapi membantu menyertai. Bagi sokongan pada PPK S.E. Memang best tgk robot-robot yg dicipta berjaya bergerak. Cuma robot mana yg lagi cerdik dan pantas yg belom diketahui. Sebab itulah MURoC ditubuhkan. Bagi rara sekarang nie menang atau kalah belakang cerita, sebabnya apabila kita berjaya buat robot itu ikot arahan kita (programming) itu sudah cukup membanggakan.





































Wednesday, January 18, 2012

Berakhir Sudah Final Sem 1 Tahun 3

Dear DiarY PinOkoO,

Salam Semua ^^

Berakhir sudah rara punya paper last pada sem nie. Lega rasanya bila dapat habiskan paper last tadi. Doakan rara berjaya pada sem nie dengan mendapatkan pointer yg bagus. Memang sangat-sangat letih bila setiap kali nk final konfem study tanpa henti-henti. sO cuti sem nie nak sangat-sangat rehat yg cukup. Salam.







Sunday, January 01, 2012

Ombak Rindu menghantui di blOg rara ^^

Dear DiarY PinOkOo,


Salam semua ^^


Ketika rara mengupdatekan entry nie untuk pengetahuan kamu semua cuaca di Perlis sekarang nie amat2 la sejOk ye ^^ Dari semalam hujan tidak henti-henti sampai ke petang. Cuaca sebegini amat-amat mendorong kepada faktor ketidOran melebihi had masa. Saat-saat menempuhi final nie tidor yg tidak cukup amat-amat diperlukan oleh setiap pelajar supaya setiap detik masa itu dapat memuatkan semua rumus-rumus penting. Jadi minta-mintalah cuaca cepat-cepat berubah.


Entry nie dah behabuk lama di blog rara cuma tidak diedit sepenuhnya. Tiga minggu lalu kot , mentang-mentanglah sudah menghepYkan diri di Dinner PPK S.Elektrik semua satu rumah berpakat balik rumah masing-masing. Rara yg rumah x bape dekat nie terpaksalah berkampong juga di hOstel. Mujurlah ada yg sudi temankan rara ^^


Sepanjang 3 hari 2 malam bersama-sama wawa banyak benda kami lakukan termasuklah sopim baju , menonton wayang "OmbakRindu" di aloqstaq & berinai bagai. Memang feling gila tgk cite tue. Komen rara pasal movie tue jika rara xbaca novel before tgk cite tue memang 90% rara x feling sebab xthu jln cerita sbb dlm movie tue banyak potong dr cerita asal. Yg felling sedih tue sebab kita dah tahu jalan cerita dia mcm mne jadi kesimpulan rara nk bagitahu cerita tue berjaya buat air mata ku meleleh. Wawa kat sebelah xleh ckp lah boleh sampi 2 botol air mata dia berjaya terkeluar. Tiga lagu tema OmbakRindu amat-amat menyentuh hati boleh dibagi award lagu the best 2011 kerana begitu sayu n sadis =(


Semasa keluar tue sempat juga rara n wawa bergambar seketika di i-city alor star. Tapi sOry xdpt nk upload gmbr semasa itu. Macam-macam aksi kami lakukan itulah sebabnya x dpt publishkan. Gmbr dibawah nie kenangan bersama wawa semasa kami di salah satu kedai di Arau. Disebabkan cahaya disitu sgt-sgt menarik perhatian inilah hasilnya. Amat-amat berpuas hati ^^
































..Sekian..

Thursday, December 29, 2011

DiarY Rara Kraf

Dear DiarY PinOkOo,

Salam Semua ^^


Selepas semalam aku mengadap menatamnie akhirnya aku berjaya menyiapkannya. Comel x? Semalam aku tiba-tiba teringin nak jahit casim diarY. Selepas termenung, menenung, dimenungkan akhirnya terhasillah design seperti gambar dibawah nie. Suka sgt!!










p/s: sapa-sapa yg berkenan boleh menempahnya dengan rara ^^

Wednesday, December 21, 2011

Rara CraFt ^^

Dear DiarY PinOkoO,

Salam Semua ^^


Kamu tahu x? Hari ini rara update blog dekat kampung^^ dapat juga merasa balik rumah sekejap time-time tenat mcm nie. Yelah nape xtenatnya kan skrg nie semua Unibesiti termasuk Unibesiti kami tengah deman study week. Rara pulak masih lagi berseronok bercuti menghabiskan masa didalam bas, sekejap ke KL sekejap ke KELANTAN, sebab sem nie rara punya final start lambat semnggu (subjek cikit dee ak ambil sem nie!!). Jadi stdy week rara jadi 2 mggu la. Minggu depan baru mentenatkan diri bila satu habuk formula xlagi disumbatkan kat dlm otak nie.


Entry rara pada kali nie bukan nak menceritakan kisah final jadi ke tidak or balik kampung ke x tetapi ingin menceritakan benda comel yg rara dpt buat ketika orang lain busy study menghadap 3 test turut-turut, rara pulak sampi nk tercabut tangan buat benda nie. Yg pasti mengikut tema selalulah iaitu cOmel ^^. Nak tengok x? X nk tgk pom xpe yg pasti blog rara mesti nk tgk. Hehehe. Inilah hasilnya rara punya craft. Siapa-siapa yg berkenan boleh teros pm rara.




Inilah craft pertama yg terhasil after 5 bulan xpengang kain felt diatas kesibukan menjadi seorang pelajar. Ini adalah casim hp samsung rara. Rara ambik masa sehari hendak membuatnya. Comelkan! Siap ada keychain love kat tepi tue.



Second craft yg rara henda sgt buat adalah keychain cendawan nie khas untuk kereta coz keychain nie ade no plat kete rara. Rara ingatkan xcomel. Bila siap memang sgt2 comel ^^



Yg nie pula keychain angrybird memang sengaja rara buatkan. Dalam masa sejam dah boleh siapkan. Khas untuk incik.S^^



Keychain lembu yg rara nk sgt miliki. Sebab utama rara beli polyfelt disebabkan benda nie lah.









Yg nie pula saja-saja buat. Casim brukband^^ time nie semua busy dok study untuk test iaitu subjek power. Rara pulak duk pulun menjahit benda nie. Nasib baik test ku tidak melayan-layan. Boleh menjawapnya dengan tenang dan mudah.



After hbs semua ketiga-tiga test rara buat casim external. Tido jam 5 pagi kot semata menghadap benda nie. Yg plg comel&kemas, selepas berlatih jahit before nie.






Yg last rara buat 2 benda before naik bas pg KL. Dah la semalam tido kol 5 pg. Esokkan bangun awal2 ingatkan nk kemas barang, nie menghadap craft dulu. Pukol 12 baru dok kalut kemas barang before nek bas ko 1 tgh hari. Itulah penagan kegilaan terhadap benda comel.



Kat sini before rara undurkan diri rara ingin minta kamu semua doakan rara supaya boleh jawap final dengan mudahnya. Doakan juga supaya rara tidak malas untuk menghadap buku. Amin..^^

Sunday, November 27, 2011

Dalam masa 4 Bulan impian aku tercapai ^^

Dear DiarY PinOkoO,


Salam Semua ^^


Dalam cuti sem empat bulan hari tue banyak benda ak belajar, banyak ganjaran&habuan yg ak dpt. Terima kasih sekali lagi pada siapa yg mengajar ak sampai tido lewat, and pada siapa memberi ganjaran sampai impian ak tercapai. HepY sgt-sgt ^^ Dan yg plg pentg ak ingin gembira dengan diriku atas kejayaan ini. Sampi ada yg xtido 2 3 hari semata-mata ingin melihat impian ak nie tercapai. Kiranya cuti empat bulan nie tidak ak sia-siakan. Antara banyak-banyak benda yg ak ingin dpt n buat 4 benda nie yg terpilih.



1) DoOdle
Ak nie memang jenis pantang lihat benda comel mesti rasa ingin mencuba. Atas usaha sendiri dan ajaran seorang teman blogger akhirnya ak berjaya membuat doodle secomel ini. Mula-mula lihat doodle nie dlm blog-blog ak ingtkan ak lah insan yg paling xreti nk buat. Bila ak dpt membuat nie hanya tuhan saja yg tahu betapa hepynya diri nie. Siap ada org yg sudi menempah doodle ku ini ^^ Saat-saat before ak reti buat doodle nie memanglah first doodle yg terhasil amat-amatlah hodoh n kaku. Org kata kalau kita gigih berusaha mesti ganjarannya berganda. After xtido 2 3 hari inilah hasilnya ^^ Sape ingin menempah segera contact rara!











2)Craft
Cuti empat bulan nie selain ak bekerja sebagai guru ak juga meminati membuat craft mengunakan kain polyfelt. Comel kot tgk kat FB jahitan-jahitan menguna polyfelt menghasilkan benda yg berguna seperti kincir, beg dan sebagainya. Seperti yg kamu semua tahu ak nie memang pantang tgk benda comel, mesti rasa mencuba. First mencuba inilah hasilnya kincir kereta ber no plat moto ak "DN1010" terhasil. Time ak buat kincir nie kebetulan time ak betol2 bosan semasa berada di tempat kerja. Selain tue ak ada buat brooch bentuk love mengunakan semua warna polyfelt. Memang comel dan berpuas hati. Bagi ak xkisahlah berkeluarkan sedikit duet tapi hasilnya membuatkan kita tersenyum lebar sampai ke hari nie ^^.









3)DSLR
Yg ini plg x dpt imagine org kata xpercaya memilik DSLR taw ^^ Ak dpt nie pom atas dasar mengunakan duet gaji ak sendiri yg penat lelah bekerja dibantu 80% oleh DadY. Terima kasih dadY. Syg ketat-ketat. Dady bg nie pom bukan tanpa alasan yer kamo-kamo. Dady bg kat ak kamera nie pom atas sebab result ak yg agak oke. Pulak tue sejak dr dip smpai deg ak xpnh minta adiah apa-apa atas sebab result. if ada pom dadY selalu bg duet jerlah. Kamo pom mesti tahu kan jika duet nie manalah kita nampak bendanya. Tujuan ketat-ketat ak nk dptkan DSLR nie bukan sebab nk snap gmbr muka ak bukan juga nk snap gmbr muka kamo!Jgn perasan! Ak sebenarnya nk snap pic keindahan alam hijau ciptaan tuhan yg mampu membuat kita berpuas hati&tersenyum kerana di Perlis nie memang salah satu tempat yg amat cantik. X rugi if berphotoshoot disini. Tapi disebabkan masa dah pengangkutan ak still lagi x dpt snap keindahan alam nie. Mybe tggu incik.S balik baru ak boleh berpuas hati bergambar sakan.



4)Samsung Galaksi S Plus ^^
Yg nie memang lama diimpikan walaupun bukan yg ini tapi still berpuas hati. Seperti yg kamo tahu before entry ini ak memang syg lah ketat-ketat hadiah befday nie. Syg kamO ^^






........................................................................................................


Itulah kisah cuti sem empat bulan ak^^
Hope next cuti banyak lagi impian yg ak ingin buat tercapai.
..Insyallah..


p/s:next dream yg belom tercapai
nk belajar guna adobe photoshop cs3 or 4 or 5 ^^