Tuesday, August 21, 2012

BefDaY Rara 2011

Dear DiarY PinOkoO,



HepY BefdaY RaaRa ke-23
Harap rara dapat mengubah diri nie jadi semakin baik dari sebelumnya. Dan harap semua urusan rara dipermudahkan olehNya. Amin.

Sunday, August 19, 2012

RaYa RARA 2012

Dear DiarY PinOkoO,


Salam Semua ^^


Raya aku tahun nie bertemakan silkbirupinkmanik. Sedondon wif mOmy just lain kat corak manik sahaja. Yg plg jeluzz why momy punya corak manik lg berkenan dihati! xboleh jadi nie momy punya baju lg voke dr aku. Nasib baik baju sponser tanpa berkata apa-apa terus pakai terus senyum lalu take berjuta pic. hewhew!xmalu! Baju dadY ala-ala biru xdpt disiapkan. Mendatangkan kemarahan rara cam nie. Xdapat bergambar sedondong. Tapi yg penting baju rara sama macim ngan cikTedYbear kita. Raya first tahun nie sangat-sangat terasa kesunyiannya bila kedua-dua mysis beraya kat rumah mentuanya begitu juga myfirst brother n second brother xdpt balik coz tuntutan kerjalah konon-kononnya. Biasanya rumah nie kecoh ngan kerenah 3 org manusia yg comel dan bakal bertambah lagi 2 org x lama lagi. Biasa-biasanya masa-masa nie kamera DSLR rara konfem-konfem dah full memory take pic budak-budak nakal tue. Tapi kali nie full memory coz take pic sendiri. hewhew! sO berayalah kami 3 beranak. Nasib baik si anak bongsu nie xda kewajiban menghalang tidak beraya sama momydady. 
Disebabkan xda sape nk ambik gmbr aku, diketerpaksaan aku take sendirii pic raya aku. sO sedih. hewhewhew!!













Friday, August 17, 2012

Samsung Galaksi Tab 7.7

Dear DiarY PinOkoO,

Salam Semua ^^


Tima kasih dadY n mOmy. Muahhhhh.. Akhirnya yg aku ngidam-ngidam selama nie akhirnya dapat juga. Masa pg loyat hari tue aku dh bg thu dh dadY yg aku minat gila galaksi tab 7.7 nie. Siap tunjuk-tunjuk lg. DadY kata sabar sikit sbb nk bayar keta camry bulan-bulan mahal. Xpe-xpe dadY rara x kisah lambat yg pentg dapat. Hari tue dadY dh kasi dah la ipad. Xsempat pakai sebulan dah rasa bosan ngan privatenya. Memang aku xsuka!!


Balik-balik nk raya mlm semalam aku bg thu lg kat dadY aku x minat ipad. Dah la besar gedabak. Terus kasi kat abg. Esok-esok pg bangun dr tido pg dapur tlg mOmy masak, time tue dady dh gelak-gelak siap ckp adik ada benda kat bawah meja. Aku yg mamai dr bangun tido nie pelik apa yg ada kat bawah meja?? Fikir pulak meja mana satu?? Kat umah aku tue ada berjuta meja taw.Nampak mOmy lari-lari pg kat ruang tamu smbil pegang godiebag SAMSUNG. Aku apa lg!!!! HEPYlaaaaa smbil gelak-gelak ^^


Alhamdulillah. Tercapai juga. Bukan niat aku nk post kat blog nie nk menunjuk. Aku dapat benda nie pom sbb pointer aku. Sebab aku letih belajar. Sepanjang diploma setiap kali aku dpt pointer oke aku xpnh minta apa-apa. DadY just bg duit sahaja. Masuk digree nie je dady layan beli apa aku nk. Kalau x kerana tue jgn kata nk galaksi tab habuk pun belum tentu aku dapat taw. DadY siap ugut aku lagi if x skor pointer next sem jgan kata galaksi tab sekali-kali DSLR aku tue dadY rampas taw. Jagn main-main ^^
 

sO adik-adik kesimpulannya akak nk ckap kat sini blh nk minta apa-apa dr dady n momy adik if berkemampuan. Tapi biarlah berbaloi dengan usaha adik juga. Sebab letih-letih dady momy kerja bg pulak apa yg kita idam-idamkan alangkah bagusnya balasnya dengan hepykan dan banggakan dia org dengan keputusan pelajaran kita. Xsalah kan ^^. Buktikan walaupun banyak barang yg kita dpt dr dady n momy seperti latop,kamera,hp yg kita still x main-main.


 


Esok lusa RAYA kannnn kannnnn.. Selamat Hari Raya Semua ^^
HepY-hepY n Senyum selalu walaupun berjuta masalah yg ada kat otak kita.
...Salam...

Sunday, August 12, 2012

Floria at Putrajaya

Dear DiarY pinOkoO,


Salam Semua ^^


Petang semalam rara ikot my bro pg karnival floria dekat Putrajaya. Memang menanjukkan pertunjukan kapal dari setiap negeri diseluruh Malaysia. Memang ramai sangat manusia rugi kamu semua x datang. Nasib baik rara bawa DSLR jadi tersnap la juga 2 4 pic untuk tontonan pada siapa-siapa terlampau busy yg x sempat nk pg. Tgk pic pom jadilah. Setiap kapal cahaya yg lalu mempunyai keunikan negeri masing-masing. Contoh kelantan ^^ yg unik kat kelantan gasing dan wau jadi kat kapal cahaya tue adalah wau tue. Memang menakjupkanlah. Pesta seperti ini mampu menarik ramai pelancong datang ke Malaysia ^^.
















4 mOnth MAISARAH

Dear DiarY PinOkOo,


Salam Semua ^^

Cuci-cuci mata tgk pic mylittle adik bambam. Syg adik ketat-ketat.
















Tuesday, May 29, 2012

Budak Histeria Sebelum Final Exam!!

Dear DiarY PinOkoO,

Salam Semua ^^


Amboi-amboi AMBOI ko org !!! Kalau bab-bab histeria nie cepat2 jer ko org nak bacakan!!! Kalau topik hot-hot nie cepat-cepat jer nk klik! HEhehe ^^ normallah manusia. Kalau aku pom mcm tue juga. Sebenarnya tiada siapa pom yg histeria, aku memang saja-saja menghangatkan keadaan. Tapi boleh jugalah kalau nk kata histeria tuh! Macam mana aku xhisterianya??Nak pecah kot kepala otak aku nie. Ko org tahu x tiga hari berturut-turut aku ada paper sem nie. Dahlah semuanya 4 jam credit. Kalau corot satu subjek x ker effect keseluruhan pointer. Sabar jerlah!! Sebenarnya entry aku pada kali nie nak suruh kamu semua doakan kejayaan aku menghadapi final sem nie. Minta maaf kepada siapa-siapa yg pnh terasa dengan aku ^^, SORY tooo.






Gambar nie adalah timetable aku semasa study week. Hanya mampu merangcang, tetapi tidak diketahui melakukannya tau tidak. Doakan aku ye!! ^^

Tuesday, May 22, 2012

Game Rara

Dear DiarY PinOkoO,

Salam Semua ^^





Hari nie aku nak bg petua pada sesiapa yg ingin menghilangkan rasa boring dan mengantuk semasa belajar. Jawapan yg paling tepat adalah bermain dengan game seperti gambar yg aku tunjuk diatas. Memang syok habis bermain permainan ini bersama housemate aku kaklin,mira dan cornie. Boleh dikatakan memang rumah kami memang penuh dengan permainan seperti chess, sahiba, congkak pon ada. Memang aku sengaja mengumpul kesemua permainan diatas supaya senang cucu-cicit aku nak main nanti. Yg plg aku suka adalah UNO. Siap ada lagi lagu khas setiap kali aku menang UNO. Kepada budak-budak kelas aku yg selalu bertanyakan kenapa aku selalu datang lewat kekelas selalu pontem kelas mybe salah satu sebabnya adalah bermain UNO sampai lewat malam. HeheHe!! Adakah ini adalah satu alasan yg tidak logik? Percayalah anda kepada kenyataan ini^^



Sedikit info mengenai permainan Saidina dan Sahiba


1) Saidina adalah sejenis permainan berpapan. Seperti Monopoly, tujuan permainan Saidina adalah membeli hartanah dan mendapatkan keuntungan daripadanya dan menjual semula atau menyewakannya sehingga kekayaan para pemain berlipat ganda. Pemain yang dapat mengumpulkan kekayaan paling banyak akan digelar "SAIDINA". Pemain mengambil giliran untuk membaling dadu dan bergerak di sekeliling papan permainan mengikut nilai yang diperolehi dari balingan dadu.Permainan Saidina dapat meningkatkan daya niaga, kemahiran mengira dan membuat keputusan. Ia merupakan sebuah permainan yang menarik terutamanya sekiranya dimainkan dalam masa yang panjang sehingga ada yang muflis dan terpaksa menggadaikan semua harta untuk membayar hutang kepada bank ataupun pemain lain.


2) Sahiba merupakan salah satu permainan menguji minda yang mampu menjana pemikiran kanak-kanak (adakah aku seorang kanak-kanak?abaikan!!) supaya lebih kreatif dalam membina perkataan baru dan bermakna.

Monday, May 21, 2012

FUJiFiLM Palaroid Camera

Dear DiarY PinOkoO,

Salam, pwince&pwincess semua ^^




Alhamdulillah^^ akhirnya dapat juga aku miliki sebijik kamera FujiFilm Palaroid hasil duit simpanan bulanan yg dadY n mOmy bagi. Berjimat, Terjimat, Menjimatkan amat-amat susah hendak kita lakukan, tapi bila dapat miliki benda hasil berjimat tue amat-amat menghepYkan diri aku (V^^) .


Kamera Fujifilm nie kalau x silap aku ada 8 jenis warna. Warna pink pon ada, tetapi sedikit pom x terpandang oleh aku sebab xcomel.Nasihat aku jika kamu berkenan hendak memiliki kamera polaroid nie baik survey betul-betul. Memanglah setiap polaroid amat mudah dimiliki oleh setiap org kerana harganya yg murah. Tetapi alangkah bagusnya jika kita boleh dapat harga yg lebih murah dari sepatutnya.


Harga kamera nie sangat-sangat murah jika pandai pilih tempat dan mulut tue kena manis semasa membodek jurujual. Pastikan kalau boleh belilah di pusat FujiFiLM. Harga polaroid nie sepatutnya dalam angka dua ratus lebih ringgit Malaysia. Yg mahalnya adalah kertas filem (xthu nama apa??) tue, satu kotak rm30. Dalam satu kotak tue hanya ada 10 keping sahaja. Jadi hargailah setiap gambar yg di snap. Pastikan setiap sekeping gambar yg diambil mempunyai value yg tinggi nilainya. Hasil warna gmbr yg disnap sangat-sangat memuaskan hati.


Warna yg menjadi kesukaan aku adalah white ^^ Bagi aku white palaroid amat-amat suci bg ku. Yg boleh aku berkenan pasal benda alah nie adalah disebabkan rancangan tv Korea "We got Married " pasangan Khuntoria yg sweet lagi comel semasa mengunakan kamera nie menarik minat aku. Setiap keping gmbar yg disnap ditampalkan didalam diary kecil lepas tue ditulisnya story cinta di gambr tue. Sangat-sangat comel!!




my white palaroid^^


Insyallah next camera yg aku ingin miliki adalah "lomo kamera"

HeLLO KiTTY

Dear DiarY PinOkoO,

Salam Semua ^^

Bila lihat tajuk entry pun dah tahu entry kali ini aku nk cerita pasal apa kan? Sejak seminggu nie aku mulai minat pada Hello KittY. Knp? Sebab Hello KittY sesuai dengan aku kerana kebanyakkan katon Hello KittY berwarna PINK. Comelkan? Sejak seminggu ini jugalah aku mulai mengumpul sedikit barang-barang peribadi aku yg berkait rapat dengan Hello KittY.Contohnya pen, buku dan mcm-mcm lagi. Insyallah pengumpulan sebarang benda yang berkaitan Hello KittY akan aku kumpul mulai hari ini. Siapa-siapa yg mempunyai minat yg sama mcm aku nie, bolehlah tinggalkan link blog anda di post nie. Boleh kita berkongsi minat yang sama ini. Rara pun teringin juga melihat koleksi Hello KittY kamu ^^,
















Yg nie saja-saja aku nk upload. cOmelkan penampal note nie ^^


Friday, May 11, 2012

si cOmel Maisarah ^^

Dear DiarY PinOkoO,

Salam semua ^^

Si comel^^ Maisarah namanya, baru lahir 1bulan 10hari yg lalu iaitu 2april2012 jam 3pg berat 2.8kg. Gelagaknya semasa aku sempat jaga dia semasa cuti seminggu hari tue adalah si comel nie suka sangat bermain-main dengan aku, siap membalas ciuman aku setiap kali aku cium dia. Kalau sehari xda org layan dia mesti dia nangis gila. Boleh pecah pintu tandas rumah aku. Yeke?? Dalam sehari tue memang menjadi kewajipan aku menjaganya. My mOm sgt2 busy nak pg pasar lagi,masak, nak jaga kakak aku yg berpantang lagi.Sampai ke hari nie aku asyik teringat kat si comel. Rindu sangat!! Kalau tidak disebabkan busy dah lama dah aku berda dalam bas ontheway ke Kelantan. Maisarah nie kuat menangis bila dia lapar. Sampai merah-merah muka dia. Muka yg selalu kena buat susu adalah aku sebab kat dalam rumah tue xda org selain mom dad sis n sicomel. Dalam sehari tue xpnh nak kenyang-kenyang, setiap kali sejam mesti budak nie menangis, merengek nak susu. Aku apa lagi, bila terlepas dipandang oleh my mom aku kenakan sicomel nie.Bila ak suap botol susu ,sampai jer kat mulut dia, aku tarik balik. Hehe.. sicomel nie pom pandai merajuk. Setiap hari itulah rutin aku mengenakan sicomel Maisarah. Rindunya kat dia^^.