Thursday, August 25, 2011

10 Nama Malaikat dan Tugasnya ^^

Dear DiarY PinOkoO,

Salam Semua ^^

Berikut ini adalah nama malaikat yang ada di Al-Quran dengan jumlah sepuluh malaikat yang harus kita ketahui nama dan tugasnya. Jumlah malaikat sebenarnya tidak terhitung jumlahnya. Malaikat diciptakan oleh Allah SWT dari bahan cahaya atau nur yang diciptakan Allah hanya untuk menyembahNya tanpa memiliki hawa nafsu seperti layaknya manusia dan setan yang terkutuk.


1. Malaikat Jibril memiliki tugas menyampaikan wahyu dari Allah SWT.

2. Malaikat Isrofil@Izrofil memiliki tugas meniup sangkakala penanda hari kiamat telah tiba.

3. Malaikat Izroil @Isroil memiliki tugas mencabut nyawa.

4. Malaikat Rokib@Rakib@Raqib@Roqib memiliki tugas memcatat segala perbuatan amal baik atau kebajikan seseorang.

5. Malaikat Atit@Atid memiliki tugas mencatat segala perbuatan buruk dan dosa seseorang.

6. Malaikat Mungkar@Munkar memiliki tugas menanyakan seseorang di alam kubur mengenai segala perbuatannya semasa hidup di dunia.

7. Malaikat Nakir memiliki tugas menanyakan seseorang di alam kubur mengenai segala perbuatannya semasa hidup di dunia.

8. Malaikat Mikail memiliki tugas memberikan dan menyampaikan rejeki.

9. Malaikat Ridwan memiliki tugas menjaga pintu syurga.

10. Malaikat Ridwan memiliki tugas menjaga pintu neraka.

TipS ingin Disenangi ^^

Dear DiarY PinOkOo,


Salam Semua^^


Kamu ingin disenangi oleh semua pihak??
EntrY pada kali ini ingin rara kongsikan sedikit tips yg dimbil dari majalah remaja yg rara baca sebentar tadi. Tips untuk disenangi oleh org disekeliling kita ini amat mudah sekali diamalkan. Jika kamu and rara sendiri mengamalkan tips ini tentu selepas ini kita semua lebih disayangi oleh individu di sekeliling kita^^



Empat tips Short and Simple!
Murah senyuman dengan sesiapa sahaja disekeliling kita.

Selalu mengingati hari ulang tahun rakan-rakan mu.

Pujilah individu yang benar-benar kamu kagumi.

Bijak bergaul atau berkomunikasi dengan kelompak teman-teman mu.



Selain daripada itu banyak lagi tips-tips yg kamu bOleh amalkan ^^
Search sahaja di intenet.


Monday, August 22, 2011

Wanita tidak tutup aurat selalu mengunakan 13 alasan ini ^^

Dear DiarY PinOkOo,

Salam Semua ^^

Tips seterusnya nie ada kaitan ngan wanita. Tips nie rara ambik semasa pg kat blOg some one nie ^^ credit to him. Lupa nk ambik link blog beliau. Bila rara baca 13 alasan nie. Ya allah!...

jOm tgOk 13 alasan tue ^^

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.



HepY BeFday Cik PinOkOo Rara ^^

Dear DiarY PinOkoO,


Selamat Malam Semua ^^



HepY befdaY tO mee^^


Spe yg wish lagi tue bk wish skrg, jap gie tiada kemaafan bg mu! ** hehehe**
Semalam 21Ramadhan same jugak 21Ogos2011 rara selamat menyambut befdaY rara
yg ke-22. Muda lg x? muda kn kn kn! Yg ke-22 tue.
First time la kot befday dlm buln mulia nie ^^
HepY sgt2 bila dah berumur 22. Org lain jak awal januari lagi dah masOk 22 kita baru nk masOk. Terima kasih sgt2 pde spe yg wish befday rara dlm FB.
Macam dihargai gitu ^^
Bila cita psl befday nie incik.S tye nk adiah ape??
Nk adiah ape hah?any suggestion?
Rse2 semua dah ade.. nk mintak BlackBerY (BB) bOleh?
Hah!!! Diri nie belOm memilik BB lagiiii...
Ak rse smpi muntah kedarah ak x dpt BB dr incik.S kot.
Just minta sepOt cikit pOm jadi laaaaa...
..amin..
Spe2 nk hntr adiah tue emel rara nanti rara kasi alamat ^^
****Hahahaha!fefefeling artis gtuw!****
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
kamO kamO rara nk kek mcm nie satu bOleh???

^^

Nak Tahu Satu Rahsia X??

Dear DiarY PinOkOo,

Salam Semua^^





Awal bulan 8 ari tue kebosanan melanda diri after balik dr KL. Disebabkan kebosanan melanda diri nie, petang tue rara pg la satu kedai buku area machang. Time tue memang xde duet satu sen kurat pom sebab berhabis sopim kat KL. Tgk punya tgk, intai punya intai teringin nak beli majalah ujang. Serius, dalam hati nie just nk beli majalah ujang jer. Balik2 rumah minta duet nagn dadY ke curi duet dlm tabum cikit! Esokkan terus pg kedai tue beli semua majalh yg ade. Yg rara nk cita kat cini x boleh blah nya rara pg beli majalah budak-budak kecik ^^ "ADIK" n "SAYANG MUSLIM" tue. Pikir jugak, ya allah membazirnya. Tapi dOOdle dlm majalah tue cOmel sgt2. Kesimpulan rara nk bgthu kamO semua befOre beli mjalah tue memang rara sikit pom xreti melukis doodle taw. Kes cemburu tgk dOodle dlm majlh tue comel sgt terus hati nie membara and terus ingin belajar n belajar smpi ke satu tahap rara blh dikatakan reti melukisnya. sO bila pikir balik if ak xbeli majalh tue mybe smpi sekarg kOt ak xreti melukis. ye dOp? Kira x membazirlah membelinya tue walaupun menhabskan duet ^^


p/s::next time hrp sgt2 rara reti menguna adobe phOtoshop.Amin..
Bila tye pde spe yg reti gna tue mcm pelik jugak sebab ak nie xreti langsung.
Bila tye lg dye org ckp dye org belaja sendiri ^^
Jeluzznya. sO why not ak pOm meNcuba jugak.
Yg pntg jgn pts asa. CaiyOkkkk!


Sunday, August 21, 2011

Tips 10 Malam Terakhir Ramadhan.

Dear DiarY PinOkOo,


Salam Semua ^^

Rupa2 nya dah genap sepuluh hari lagi berakhirnya Ramadhan. Rara tidak ketinggalan search akan tips untuk 10 malam terakhir Ramadhan ^^


Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam LailatulQadar :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama dari segi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu .

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen.



Credit :: iloveislam

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN^^

Dear DiarY PinOkOo,

Salam Semua ^^

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".



Sebab turun surah al-Qadr::

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.



Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut::

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."



Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar::

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.



Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.



Doa khusus di Malam Lailatul Qadar::

Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa.



Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.



Tanda Malam Lailatulqadar::

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.


Credit:: Faizal

Buah Tangan dr Vietnam ^^

Dear Diary PinokoO,


Salam Semua ^^







Hari tue dadY and mOmy pg vietnam ade rOmbongan sempena ape tah, rara lupa la pulak..
sO pic kat ats tue rara dpt dr mereka ^^ Suka sgt2 bila dapt beg cOmel dari vietnam.
mOmy kte beg tue kat vietnam murah tapi bila kami terjumpa beg yg sebijik jual kat KL mahal gila . Yg plg sweet dpt purse n kOtak pensil warna pink ^^
Bila la agaknya kaki nie akan menjejak kesana??

Rara dpt Big Bear dr incik.S

Dear DiarY PinOkOo,


Salam Semua ^^







Kejadian nie berlaku dah lme dah sebulan lbh yg lalu, semggu sebelum wedim mysis.Disebabkan kerana busy yg amat sgt rara xsempat nk upload and nk cerita kisah disebalik bear yg rara dpt nie. Yg pasti nie surprise bear yg rara dpt dr incik.S. Suka sgt2 smpi hari nie duk peluk cium bear besar nie^^smbil terkenang peristiwa disebaliknya ^^ kesian plus2 tergelak! Before rara terlupa story disebalik bear nie baik rara cepat2 tulis kat cni. ye dak?
.
.
.
.
.
.

StOry xbape sweet di sebalik bear temOk nie ^^

Kalau xsilap ak kejadian tue berlaku pada 25.julai.2011 kalau x silap laa if nk thu lebh kepastian psl tarikh dan waktu tue boleh ambik fon call incik.S sekarg. HeheHehehe. 2 mggu sebelum tue memang kami msg2 x bercall n berfOn msg busy, xpastila sebab ape.. **gadOh2manja psl ape tah! if pasti pom xkan nk cite kat cini ye dOp?? Incik.S call bnyk2 kali pom rara x bpe minat nk angkat, xthu knp? Spe yg bOmohkan ak nie smpikan incik.S call ak pOm x angkat! **memang nk kena penumbuk ak nie*


sO tibalah pde mlm kejadian, incik.S call bnyak kali time tue rara duk sOpim2 wif mysis busy angkat brg tue nk pg beli barang nie. sOpim sakan smpi penOh satu kereta, smpi x nampak batang idum kami. Disebabkan busy dan letih nie memang x dgr langsungla deringan hp pink ak tue. Balik sampai rumah baru tgk hp. Terbacalah satu mesj incik.S bahawa dye duk kelantan sekarang nie. Ak pelik la dye tipu ak ke hape, bukan ker majlis wedim tue seminggu lg? xpercayaxpercaya! sO rara tidO dengan lenanya tanpa memikirkan mesej tue**if betOl kesiannya dia**smbil gelak2 dengan kuat! ^^**.


Tengah hari tue semasa umat islam lelaki busy nk pg semayang jumaat ak plak busy nk keluar pg pekan machang nk bank inn duit dekat feltcraft ^^. Before smpi dekat simpang wakaf tue dr jauh lagi ak nampak ade sorg laki duk kat citu. Pastu tiba2 otak nie teringat plak dulu terserempak dengan f **spe kwn sek thu la sape f tue** dekat wakaf tue smbil senyum2 kat ak. sO berbalik kpd kejadian realiti, memang niat ak nie sampai jer kat wakaf tue memang nk sgt tgk muka laki tue.xthu knp??. *** hehehe.Sebab jarang budak2 lepak kat wakaf tue. Kamu tahu ape ak buat? Sampai dekat simpang tue tanpa pandang kiri kanan ak terus blah gitu. Lepas simpang tue baru ak teringat yg ak nk tgk muka laki tue**dlm hati nie pelik knp ak x tgk??xkan dye kot??**


Sampai jer kat machang ak dpt fon dr incik.S xthu la selama nie x nk berangkat tiba-tiba angkat ,incik.S ckp smpai hati .......!@#$%^&.......Oppsss!incik.S duk kelate???Dpt satu mesj dr dye .....!@#$%^&......ade bg somethg tuk ira letak kat tepi rumah. Time tue xpercaya lagi. Ak balik cepat2 drive laju2 smpi rumah bgthu mymOm. Hbs satu rumah terkejut. Ak cari satu rumah barg tue untuk memastikan dye betOl2 ade sini or x. Cari punya cari xjumpa. Pastu ak terpandg satu plastik besar sgt dlm tue ade bear yg cOmel sgt.

Smpi sini jerlah rara blh cite^^


sO cOmel xbear tue??cOmelkan ^^ suka sgt2. Time kasih incik.S susah2 bawak dr KL.
Bear aii dr johor punya anivry tu u letak mne? aii x dpt lg nie^^
...hehehehe..


Saturday, August 20, 2011

sOpim RaYa ^^

Dear DiarY PinOkOo,

Salam Semua ^^


Semalam lagi rara x saba-saba nk post entry pasal barang-barang yg rara sOpimkan sempena nk rye nie. Kuat sgt menyOpim smpi terlupa akan keletihan berpuasa ^^ Hbs duit dadY bagi,rara belanjakan untuk beli kasOt raya. DadY bg byk sgt bukan setakat kasut raya rara beli beg raya sekali-kali luklu rara beli. Kebetulan duit gaji masOk, sOpim sakan la rara semalam.


Kebetulan 2 after raya nie rara akan menghadiri majlis kahwin kakak angkat rara kat Perlis and kebetulan jugak rara menjadi pengapit pengantin perempuan semasa majlis itu nanti. Memang sudah lame dirancang tapi baru hari ini rara berkesempatan untuk membeli sehelai kain yg belOm dijahit dan akan dipakai semasa majlis itu. Mybe la,if terjumpa baju lain mybe baju tue yg rara pakai ^^


Memang terkejar-kejar pg round satu KB sebab rara diberi mase sekejap jer sebab ptg tue kena ambik kak rara yg hbs mengajar disekOlah ^^ Tema baju raya rara tahun nie adelah oren. sO spe2 sme tema ngan rara tue jgn lupa tgglkan komen anda. Nanti boleh la kita jln sme2 pg beraya smbil mintak duit raya kat rumah-rumah member. mO x??sO jom tgk pic kat bwh nie. Semua brg-brg nie rara beli nk buat raya.



cOmelkan ^^