Monday, September 09, 2013

Riang Raya Raara 2013

Dear DiarY PinokOo,

Salam Semua ^^


Tajuk entry bukan main gempak, tapi yang sebenarnya hanya tuhan saja yg tahu bila first time raya hari pertama tidak dapat pakai baju baru and than after dua tiga hari raya baju tue still tidak siap-siap. Orang lain semua pakai baju baru. Serius, memang menyampah dengan tukang jahit tue. Serius sangat-sangat menyampah. Bertambah menyampah bila first time aku guna duit yang aku simpan sendiri untuk membelinya. Dan aku sendiri design baju tue. Siap berbincang bagai lagi dengan si tukang jahit tue. Dan aku siap beli lebih lagi meter kain tue kot-kot si tukang jahit tue cakap xboleh buat pattern yg aku hendak tue sebab xcukup meter. Makcik saya beli kain tue bukan murah!! MAHALLLL!!


Kesimpulannya aku kena gelak pagi-pagi raya sebab duk pokpek pokpek mengepek tentang baju raya xsiap. Jadi ambik inisiatif sendiri pakai baju mana ada kat dalam almari tue. Geram punya pasal nasib baik mak aku yg bayar upah jahit kat makcik tue. Kalau aku yang bayar memang kena pokpek pokpek dululah ngan aku. Upah jahit pun bukan murah!! MAHALL!! so, kalau x dapat nak siapkan cakap awal-awal jgn bt org comel mcm aku nie menanti-nanti. Jangan berjanji sahaja. Nie bukan kali pertama situkang jahit tue buat hal. Selalu sangat!! Dah la setiap kali event penting2 yg memerlukan baju tue yg dia selalu buat hal. Contoh esok raya, pagi esok lah kau boleh test baju raya ko. Kalu elok molek xpe ngan body tue. Kalau x elok??mcm mne? Konfem-konfem xboleh pakai kan.


Pengajaran yg aku dapat start tahun depan, aku dah start kerja, aku dah start ada duet, memang aku kena start cari tukang jahit barulah. MEmang aku fobia sangat-sangat. Marah-marah jugak, muka tetap kena senyum bila snap picture. Tue kan gambar raya, sekali setahun semua family berkumpul^^.



Raya Pertama

Raya first macam biasalah selalunya kami sekeluarga after balik sembahyang raya akan berkumpul di ruang tamu untuk sesi bergambar. Semua jenis posing kita org ambil. Semua tue untuk tontonn familylah sebab semua gambar tue disnap pakai DSLR. Aku malas nk upload sebab size dia besar. Upload pakai kamera hp sahaja. Raya pertama nielah semua jenis manusia akan datang beraya dirumah kami. Biarpun pernah bertikam lidah antara adik beradik momdady tapi hari raya diorang wajib datang rumah kami. Sepupu-sepapak yang selama nie x pernah nak tegur x contact datang sekali. Biar pun tidak puas dihati, tapi raya datang juga kerumah kami. Orang kata air dicincang tidak akn putus tambah-tambah darah yang mengalir dalm tubuh ko tue pun mengalir sekali dalm tubuh aku nie. Namakan lagi sedara. Kenapa mesti ada hasrat busuk hati, dengki sesama manusia tambah-tambah sesama sedarahsedaging. Xpelah raya-raya dtg mohon maaf sesama sendiri jika pernah khilaf tentang diri. Inilah raya namanya. Mengeratkan lagi hubungan sesama manusia^^.








Raya Kedua

Anak sedara bertambah ramai, semalam bergambar dengan anak sedara first and second. Sekarang nie bergamabr dengan the bongsu punya anak sedara. Kesian pulak sepatutnya ada satu entry khas untuk si firas nie. Sempena menyambut kelahirannya. Tapi disebabkan aku busy, xsempat lagi. HAri kedua, duduk rumahlah tunggu anak-anak jiran datang rumah.





Raya Ketiga

Raya ketiga, datang beraya rumah org yg menjemputlah. KEbetulan my mom xda kat rumah, jadi paksa jugak diri nie pg beraya umah sedara-sedara terdekat untuk makan-makan kuih muih dia org. Hehe. Raya-raya suka sangat makan kat umah org. BAlik-balik terus release tension, sbb cuaca panas sangat.






RAya Keempat

Raya keempat, memang wajiblah satu negeri jem dek kenduri perkahwinan. Time nie aku attend majlis kawan satu universiti iaitu wanie&hakam punya wedim. Tahniah bt dia org. Muda-muda dan nikah. Aku just ambil berkatlah. Kot-kot jodoh aku tahun depan. Itu pun kalau ada oarng masuk minanglah. Tue lah masa sekolah dulu fokus sangat kat stdudy sampai xsempat nak pandang anak teruna. Kalau dan pandang tue konfem-konfem sekarang nie aku dah pegang title tunangan orangkan. Bestnya bila jadi tunangan orang. Bila that day akan tiba!!








Akhir-akhir Syawal

Nak akhir-akhir syawal nie, aku and semua adik beradik aku attend rumah terbuka bapa saudara aku kat KL. Dan akhir-akhir nie juga abg aku ada buat open house kat bangi. Serius rugi sapa yg xdatang. Sebab aku masak semua tue. Hehehe..





Saturday, August 24, 2013

Minat mengumpul toy McDonald

Dear DiarY PinoKoO,


Salam Semua ^^


Tiba-tiba nak tersenyum sebab teringat sewaktu aku training di TNB Bangi, aku selalu lepak, makan, minum, sarapan, mengumpat, monteng kerja, membuat buku log dekat McDonald. Sebab bagi aku dah tiada tempat untuk aku pergi selain dari tempat nie. Sebenarnya biarlah aku terus-terang aku memang xthu nak menuju kemana sebab faktor utama ketidak tahuan jalan area sini. Boleh sesat aku nanti. Kalau sesat memang xde siapalah akan cari sebab abg aku kerja. Xkan kan 24 kali aku sesat 24 kali abg aku nk off kerja. Buat pening kepala org macam tue.


Jadi aku ambik inisiatif sendiri. Isi penuh minyak kereta vivok aku tue dan aku round satu Bandar Baru Bangi. Habis satu tangki minyak baru aku kenal dan benar-benar kenal jalan dan xakan sesat lagilah. Aku boleh jamin. Bukan benda nie yang aku nk cerita sebenarnya. Jadi disebabkan aku selalu lepak dekat McD aku adalah mengintai-intai koleksi terbaru toy heppymeal. Alamak!! Comelnya toy nieee!! Ko org pun tahu kan aku nie memang jenis minta mengumpul benda-benda comel. Pulak tue benda tue free!!Siapa xnk kan! Sejak dari tue aku mulalah perangai yg boleh emak aku mengepek tiap-tiap hari. Hehehe. SorY mOm!!



Nie adalah first toy yg aku sempat kumpul. Itupun x semua koleksinya aku sempat beli. Yg nie aku xingat nama apa. Comelkan!!



Second toy yang aku kumpul adalah Hello Kitty. Confem-confem aku akan kumpul. Sebab cik raara tuan punya belog nie memnag suka sangat Hello Kitty ^^







Aku nie pecinta mengambil meyenap picture. Jadi bila ada toy-toy comel macam nie, bertambah comel gambar-gambar yg aku snap ^^ so HeppY!



Dua koleksi cik mitty kat atas nie aku xde sebab kat macdonal malaysia tiada keluaran jenis nie. Dahlah comel!!




HellO kitty (keluaran MacD luar negara) yg kat bawah nie mempunyai bentuk, gaya dan rupa yang sama seperti diatas tetapi berlainan warna. Yg nie aku pun terkejut sbb lain bebenor warnanya, nampak garang. Tetapi kecomelan tue still lagi terserlah ^^



HepY BefdaY Raara ^^ 24




Dear DiarY PinokOo,


Salam Semua ^^



Hepy sesangat bila teringat moment befday kita tiga hari yangg lalu. Kenapa? Sebabnya first time dalam hidup kita semasa menyambut befday kita semua adik beradik kita ada semua anak sedara kita ada dan yang paling penting org yang sponsor event kita nie iaitu xlain xbukan mom and dady pun ada. Sebenarnya xberhajat pun nak sambut befday kita nie. Abg kedua kita yang duk cakap hari nie befday kita. Mybe dia ternampak kat FB sebab ramai teman-teman kita duk hangat wish befday kita time tue. 


Ketika tue dady kita ada pula kat ruang tamu. Jadi confem-confem dady kita dengar. Kita apa lagi masuk jarum laaa.. HEhehe.. Kita cakap kita x nk adiah kita just nak kek sahaja. Sebab kita heppy sangat time tue sebab semua anak-anak sedara kita ada. Jadi saja-saja la nak kasi dia org rasa kek befday kita. Asyik kita jer duk rasa kek befday dia org. Mana adilkan!!






Jadi nak memeriahkan lagi event befday kita tue, kita berpakatlah dengan akak kita yg ke-3 kita siap beli macam-macam. Bukan sahaja sebijik kek malah topi, belon, mercun, cawan n pingn kertas ada gambar befday, lilin bentuk 24 tahun dan banyak lagi. Mula-mula kita decide nak beli kek secret recipes akak ke4 siap nak seponser lagi takut-takut x cukup bajet. Tapi disebabkan kekurangan masa kita beli jer kek kat tepi jalan area bandar baru bangi. Asalkan cukup syarat kek ada sudah. Itu sudah cukup bagi kita. Tapi not bad la rasa kek kita tue. Mahal jugak tue sama jer macam harga sebijik secret resipes. Tapi yang penting bagi kita jalan lari tema sudah. Tema event befday kita pada kali ini adalah "COMEL". 



Moment penting nie xkan dapat kita lupakan sebab tue kita tulis dalam belog nie supaya menjadi salah satu kenangan manis dalam hidup kita. Love my family kerana sudi buat event nie untuk kita. Sebenarnya kita ada catat kat diari tarikh befday kita. Kita ingat lagi masa kita take note befday kita tue. Rasa macam xsabar nak tiba bulan ogos. Tapi first time rasa nya dalam hidup nie bahawa xpenting pun befday kita tue. Xtahu kenapa?? Sampaikan kita sendiri terlupa bila hari sebenar befday kita. Kita macam x suka sangat nak ingat!! Rasa macam sakitnya hati kita bila tiba tarikh nie. Fullstop!





HeppY befdaY Raara ^^ 24

Sunday, August 04, 2013

Sampaikan Salam Rindu

Dear DiarY PinokOo,


Salam Semua [Cicomot n CiCelekeh] Yg Setia


Sampaikan Salam Rindu 

Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang pastikan bersatu
Oh sayang di dalam mimpimu

Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku
Yang hilang mungkinkah bersatu
Oh sayang di mana dirimu

Malam ini aku sendiri
Menanti dan terus menanti
Malam ini aku sendiri lagi
Menanti dan terus menanti

Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu nanti
Usah ditangis lagi
Usah dirindu lagi
Pasti kita bertemu pasti
Pejamkan matamu kasih

by: Izzue Islam & Sharifah Sakinah



Xtahu nk tulis apa, Xtahu nk cerita apa, Xtahu apa yg aku sedang fikir, Xtahu apa tujuan aku.
Tapi yg pasti aku nak bagi tahu aku sedih sangat dengar lagu Sampaikan Salam Rindu by IZZUE ISLAM & SHARIFAH SAKINAH. Mybe kena kot lirik dengan suara si penyanyi. First time aku dengar lagu nie sebenarnya. Terus aku letak dlm belog nie ^^ Lagu nie mcm nk perli aku la pulak!!! Tue yang aku sedih sangat tue. Tiga empat kali putar lagu nie terus keluar air mata dara aku nie tanpa aku sedari. Ada benda xkena nie aku rasa nie! Itulah keputusan yg kita buat boleh buat seluruh kehidupan kita berubah. Jadi sebelum membuat apa-apa keputusan fikir semasak-masaknya. Sama ada bebaloi atau tidak keputusan kita. Sebab setiap keputusan yg kita buat boleh jadi satu penyesalan yg kita xkan boleh lupa. Bila tersilap langgkah, Bila tersilap buat keputusan, benda nie lah yg akan buat kita sedih, benda nie lah yg akan buat kita menyesal, benda nie lah yg akn menghantui kita. Oke bye. Gud nite ^^

Silalah dengar lagu nie dengan penuh rasa kasih sayang pasti anda juga rasa apa yg saya rasa.

Thursday, August 01, 2013

Despicable Me II HepYMeaL

Dear DiarY PinOkoO,


Salam Semua ^^.




Kita terkilan sebenarnya sebab xsempat nak kumpul toy Despicable Me. Kita pun xtahu time bulan july nie kita busy dengan apa. Sebab memang kita x jejak langsung McDonald. Mybe sebab kita puasa dalam bulan Ramadhan. Xkan tiap kali buka puasa aku telan ayam beger jer selalu. Boleh muntah darah aku dibuatnya. Tapi toy nie memang cepat habis sebab aku dah pergi 3 restoren McDonald semua mengatakan toy nie habis. Padahal msa tue belom smpi 31 July lagi. Tapi xpelah mybe xde rezeki ^^ apa-apa pun toy nie memang comel.

Monday, July 15, 2013

Koleksi Bekas Biskut. Jom Kumpul Sekarang!!

Dear DiarY PinOkoO,


Salam Semua ^^


Hari nie saya nak share 4 tin yg telah berjaya saya kumpul hasil dari pemerhatian saya! Berjayakan. Habis semua shopim moll aku jajak taw untuk dapatkan 4 tin nie. Dengan syarat dapatkan produk P&G pasti kamu juga akan dapat tin seperti dibawah. Kalau nk dapatkan dengan senang tin nie cuba pg TESCO terdekat dengan anda. Jangan pg MYDIN or moll lain sebab hanya di TESCO sahaja tin nie mudah dimiliki dan banyak pilihan. Itu pun jika masih ada stok. Kalau nk tahu semua nie aku dapat di TESCO Nilai. Kalau di MYDIN amat-amat susah nak dapattin yg kita plg suka. Ingat lagi bila first time terpandang tin nie di MYDIN KB. Masa tue ingatkan susahnya nk dapatkan tin comel nie. Aku siap berjumpa minah promoter yg kerek lagi sbb masa tue aku nk dapatkan tin pink tue sahaja. Terang-terangan lagi tersuluh dalam pamplet mengatakan bila aku membeli barang P&G rm28 keatas aku boleh memilih 1 dari 4 tin tersebut. Tetapi di MYDIN KB lain pula syaratnya. Memang sakit hari dilayan sombong oleh promoter tue. Nasib baik time tue aku puasa sunat. Jadi sabar tue kan separuh dari iman. Jadi aku mengambil tindakan untuk berdiam diri. Tapi nasibku memang baik bila promoter bodohkerek tue tersilap mcm mna tah terambik tin pink tue bg kat aku. Dik Promoter len kali kalau nk jd promoter tue baik anda belajar ABC dulu yer. Nak tergelak pula aku bila keluar dr tempat tue. Macam-macam manusia aku jumpa. Dugaan bila berpuasa la kot.



{Rara dah dapat. Kamu bila lagi ^^}


{Yeah!! jom hepy wif P&G}

{Tin nie terdiri dari 4 iaitu ayah,ibu,kakak dan adik}


{Jom balik kampung bersama P&G!!}


Koleksi terbaru Hello KittY CikRaara

Dear DiarY PinokOo,


HellO Semua ^^


Emmm.. berkurung berzaman aku x update belog aku nie ^^ ala-ala cayam belog nie oke. Tapi xpe memang beribu-ribu draf yg aku nk postkan tetapi tidak sempat dipostkan lagi disebabkan aku xsempat nak post. Banyak cerita yg aku nk share tapi xdpt nk dishare lagi, banyak gambar yg aku nk upload tapi xdpt nk upload. Sory ek syg ^^ i abaikan u seketika. Post meletOp aku kali nie aku nk share koleksi terbaru hello kitty aku yg sekoq nie. Uhhhh!! Hepy yg amat yer kawan-kawan bila benda yg aku nak, yg aku cari, yg aku teringin, yg aku idamkan akhirnya aku dapat miliki. Bukan senang nk dpt yer adik-adik!! mesti kena ada USAHA. Comfirm sapa-sapa yg minat tue akan teringin memilikinya. Hehehe! Like me!!!




Koleksi Pertama Cik Mitty  ^^

>>BEG HELLO KITTY<<


{pilihan hari cik rara pada kali nie warna MERAH ^^ say gudbye to PINK}




{Dapat sahaja beg tue terus cik raara gayakan ^^ uwaaa!!comel sngt!}


{xlepas beg nie ke tangan siapa-siapa. Hehehe!}


Sebenarnya dah lama aku usha-usha beg hello kitty nie taw!! Dan akhirnya pada bulan julai 2013 aku dapat memilikinya. Seminggu nie deret aku duk pakai beg nie ^^  Harganya iaitu rm40 dan boleh didapati di kedai OneMyShop area Bandar Baru Bangi. Kedainya betul-betul sederet dengan bank CIMB dan Butik Fareeda area Bangi. Xsilap aku tinggal lagi satu sahaja beg nie kat kedai tue. 

Memang bnyak jenis beg hello kitty yg boleh kita jumpa kat mana-mana kedai tapi kain dan warna jenis nie susah nk jumpa. Biasa kalau kita jumpa pun jenis kain beg yg lembut tue. Pastu warna pink gtue. Macam budak-budak nak bawa pg tadika la pulak kan. Biar pun aku nie peminat warna pink yg tegar tetapi kena lihat juga barang apa yg sesuai dengan warna pink. Xsemua benda sesuai dengan warna pink. Xkan semua benda nk rembat warna pink. Nanti org kata aku gila pulak!



Koleksi Kedua Cik Mitty ^^

>> Doodle Hello Kitty<<


{cik mitty sedang membaca buka}


{cik mitty tgh bt aerobic}


{cik mitty main badminton}


{cik mitty tgh masak berbuka jap lagi!!}


Keempat-empat doodle cik mitty nie aku dapat khas dari MacDonald. Comelkan?? Saya X boikot MACDONALD! Saya cakap sekali lagi secara terbuka dan terang-terangan saya x boikot MacDonald ^^ Insyallah kejap lagi saya akan berbuka di MacDonald. Berkenaan isu boikot tue betol-betol buat aku rasa takut, gelisah dan berfikir. Takut sangat sampai kadang-kadang xboleh nk lelap mata nie. Rasa berdosa pom ada, rasa mcm pembunuh pom ada. Dan aku pernah nak boikot produk nie. Tapi aku ada akal dan otak yg boleh berfikir.


Bila kita search dan siasat banyak rupanya produk israel nie. Bukan hanya MacD sahaja tetapi seluruh dan kebanyakkan benda yg kita guna seharian sekali lagi aku kata seharian nie adalah produk israel. Tetapi yang aku pelik kenapa MacD sahaja yg digembar-gemburkan untuk diboikot? Bagi aku alang-alang nk boikot produk israel baik semua di boikot. Punyalah mulut tue becok, lantang duk cakap boikot2 pada MacD tetapi masih menggunakan produk israel seperti INTEL, NOKIA, CALVIN KLEIN, CLINIQUE, KFC dan banyak lagi. Cermin diri tue dan tanya diri tue sendiri betolker kau memboikot produk israel??? Kalaulah diri tue masih lagi guna xpayah dok habaq dok kecoh kat org lah yg ko tue boikot. Meluat aku dengan kau taw!!! Buat sakit hati aku yg mendengar nie. Panas-panas!! Bukan apa aku xkisah pom kau nk boikot atau x. xde kena-mengena ngan diri aku. Tue diri kau. Xpayah duk kecoh kat org. Sebab yg jadi meluatnya kat sini yg tue kau boikot yg selebihnya tue kau x boikot. 



Koleksi Ketiga Cik Mitty

>>Mitty Box<<


Box nie rara xcari pom, just terjumpa satu shopping mall nie. Mula-mula aku x nk beli pom. Lepas kekawan aku duk cakap rugi kalau xbeli. Betul jugak!! Jadi al-kisahnya terus rara beli. Inilah penangan hasutan kawan-kawan. Nasib baik hasutan x membahayakan diri ^^



Koleksi terbaru Cik MittY Raara ^^



Tuesday, July 02, 2013

mOmy ugut RaaRa!!

Dear DiarY PinOkoO,

Salam Semua ^^


Kita sebenarnya nk tergelak sangat-sangat, sebab first time mak kita ugut kita. Tadi mak kita ada pergi butik Fareeda dekat Bandar BAru Bangi. Mak kita ada beli dua helai tudung. Seperti ko orang tahu harga satu helai tudung fareeda boleh buat makanan aku selama seminggu setengah. Nak bagi tahunya memang amat mahal dan bagi aku sangat-sangat tidak berbaloi. Tapi jika ingin memiliki selai dua tue boleh dimaafkan. 

Nak dijadikan cerita, cantiknya tudung mak aku beli. Serius mata aku berkenan. Nak pergi beli satu lagi, memang x mampulah. Jadi aku bodek mak aku, supaya aku dapat tudung tue. Nak dijadikan cerita, mari kat plenet mana x tahu idea mak aku tue, ingatkan dalam cerita sahaja yg terjadi. Rupanya realiti punnn..

Mak aku ugut aku bergayut dengan seorang sipolan nie. Dengan kata lain jika sipolan nie call, aku mesti jawap dan cakap elok-elok. Dengan kata lain aku juga mesti call sipolan tue biar mak aku dengar sekali bahawa aku call sipolan tue baru mak aku puas hati dan bagi aku tudung fareeda.

Aku apa lagi sangat-sangat terkejut!! Xmarah, Xpening,cuma sangat-sangat nak tergelak. Sebab selama nie tidak pernah lagi mak aku ugut aku. Beranilah mak aku nie. Yang buat aku peliknya macam manalah sipolan tue boleh buat mak aku ugut aku mcm nie. Sebenarnya aku amat-amat menyampah dengan seorang sipolan nie. Setiap kali sipolan nie call mesti aku macam xingin, xnak, xde hati nak dengar suara sipolan nie. 

Padahal selama nie bercakap oke jer.  Aku rasa mak aku kena bawa aku pg jumpa bomoh nie. Kot-kot lah aku terkena santau siapa-siapa. Nak dipendekkan cerita aku sambil gelak-gelak sanggup tue setuju dengan syarat mak aku tue.  Malam tue aku pura-pura dial nombor sipolan tue, xsampai 2 saat aku terus letak. Memang menyampah yg amat!! Yg penting syarat tue aku tunaikan dan aku dapat tudung faHeeda yg xberapa faHeeda tue. Oke bye!!



nak tengok x??



TADAAAAAA...tudung yang sangat awesome dimataku. Titik!!




Monday, March 11, 2013

Kehidupan Pelajar Kejuruteraan

Dear Diary PinokOo,


Selamat Petang Semua ^^

Dah tiga hari dah terasa bahang panasnya dunia nie termasuk hari nie empat hari terasa panasnya negeri Perlis nie. Mybe nie dugaan untuk penduduk Perlis. Tambah diduga pula buat siapa-siapa yg pakai motor macam aku nie terutama masa nak keluar makan tengah hari. Ada dua pilihan nak berlapar or nak berpanas? Konfem-konfem aku sggup berlapar, tue bila keluar dah beli siap-siap bekal jika berlapar pada tengah hari matahari menegak makan sahaja benda yg ada. Dahla sekarang nie petang-petang sikit datang pula sifat nature aku iaitu mengantuk, panas xpanas gagahkan juga diri nie sbb mata manggil-manggil untuk tidur.


Kehidupan aku sangatlah hambar (kecuali cuti hjung mggu) hari-hari macam biasalah pagi pg kelas petang jika ada kelas lagi stay kat Pauh sampai habis kelas. Sekarang nie duk menyiapkan thesis memang terpaksa stay kat Pauh la. Habis sahaja kelas mesti pg cari kedai makan isi perut nie dulu. Jika dah makan nak dekat gelap malam-malam x keluarlah kecuali kalau lapar sangat. Malam-malam jika malas sngat nak stdy kerjanya mengONLINE sepanjang malam. Kesimpulannya hari-hari hidup aku kat perlis nie bangun-kelas-makan-tidur-online+makan-tidur tue jika aku ke kelas kalau x ke kelas gamaknya tidurlah sepanjnag hari ^^ mana xtembam pipi-pipi nie.


Geram!Geram!Geram! (rasa nak cobit jer pipi nie)


Jadi disaat menulis entry nie aku nak cuba ubah hidup aku. Hajat nak beli bunga hidup pastu beli pasu pastu nk letak depan meja stdy^^ ala-ala bunga tepi tingkap. Biar aku bersemangat nak teruskan hidup macam bunga tue. Suburkan keceriaan hidupku seperti memberi baja pada bunga tue. Dah bunga bagi oksigenkat aku mestilah aku kena bagi cahaya+air+baja kat bunga tue. Confem bunga tue akan hepy. Setuju x? Nak try carilah esok.


I need oksigen! I need a life! I must change!
Asyik dia yg becok mulut berkata-kata why not skrg nie aku pula.






Sunday, March 10, 2013

Rindunya Bambam

Dear DiarY PinokOo,

Salam semua ^^


Baru 1 bulan x jumpa dah gedik-gedik rindu bambam. Sepuluh video yg dirakam bersama bambam tgk hari-hari pom x pnh jemu. Tambah2 bila dgr gelaktawa bambam. Oh! rindunya aku pada dia. Setiap kali pg sopimmopim jumpa jer baju baby yg comel-comel terus ingat bambam ^^ Sebab tue aku selalu turun KL semata-mata nk jumpa bambam. Sem lepas lg teruk rindu gila smpi hbs jer final hari nie ptg esok terus naik bas pg KL. Sekarang nie pom aku duk rindu bambam nie. Suka sgt usik budak nie, suka sgt buat budak nie smpi nagis. Hehehe^^ nakalkan aku nie. Lepas jer dari mata mak dia n momy aku mesti kena budak nie aku kerjakan. Geram kot, omey sgt. Love u adik bambam.