Wednesday, January 18, 2012

Berakhir Sudah Final Sem 1 Tahun 3

Dear DiarY PinOkoO,

Salam Semua ^^

Berakhir sudah rara punya paper last pada sem nie. Lega rasanya bila dapat habiskan paper last tadi. Doakan rara berjaya pada sem nie dengan mendapatkan pointer yg bagus. Memang sangat-sangat letih bila setiap kali nk final konfem study tanpa henti-henti. sO cuti sem nie nak sangat-sangat rehat yg cukup. Salam.







Sunday, January 01, 2012

Ombak Rindu menghantui di blOg rara ^^

Dear DiarY PinOkOo,


Salam semua ^^


Ketika rara mengupdatekan entry nie untuk pengetahuan kamu semua cuaca di Perlis sekarang nie amat2 la sejOk ye ^^ Dari semalam hujan tidak henti-henti sampai ke petang. Cuaca sebegini amat-amat mendorong kepada faktor ketidOran melebihi had masa. Saat-saat menempuhi final nie tidor yg tidak cukup amat-amat diperlukan oleh setiap pelajar supaya setiap detik masa itu dapat memuatkan semua rumus-rumus penting. Jadi minta-mintalah cuaca cepat-cepat berubah.


Entry nie dah behabuk lama di blog rara cuma tidak diedit sepenuhnya. Tiga minggu lalu kot , mentang-mentanglah sudah menghepYkan diri di Dinner PPK S.Elektrik semua satu rumah berpakat balik rumah masing-masing. Rara yg rumah x bape dekat nie terpaksalah berkampong juga di hOstel. Mujurlah ada yg sudi temankan rara ^^


Sepanjang 3 hari 2 malam bersama-sama wawa banyak benda kami lakukan termasuklah sopim baju , menonton wayang "OmbakRindu" di aloqstaq & berinai bagai. Memang feling gila tgk cite tue. Komen rara pasal movie tue jika rara xbaca novel before tgk cite tue memang 90% rara x feling sebab xthu jln cerita sbb dlm movie tue banyak potong dr cerita asal. Yg felling sedih tue sebab kita dah tahu jalan cerita dia mcm mne jadi kesimpulan rara nk bagitahu cerita tue berjaya buat air mata ku meleleh. Wawa kat sebelah xleh ckp lah boleh sampi 2 botol air mata dia berjaya terkeluar. Tiga lagu tema OmbakRindu amat-amat menyentuh hati boleh dibagi award lagu the best 2011 kerana begitu sayu n sadis =(


Semasa keluar tue sempat juga rara n wawa bergambar seketika di i-city alor star. Tapi sOry xdpt nk upload gmbr semasa itu. Macam-macam aksi kami lakukan itulah sebabnya x dpt publishkan. Gmbr dibawah nie kenangan bersama wawa semasa kami di salah satu kedai di Arau. Disebabkan cahaya disitu sgt-sgt menarik perhatian inilah hasilnya. Amat-amat berpuas hati ^^
































..Sekian..