Monday, September 09, 2013

MeLawaT PameraN The SmurfS 2

Dear DiarY PinOkoO,


Salam Semua ^^


Tempoh hari aku dan kakak aku ada melawat pameran The Smurts 2 di Bangi. Serius bukan sahaja dapat melawat tetapi dapat jugak buat balik rumah patung-patung The Smurts jika anda mengeluarkan duitlah. Aku nie peminat setia mengumpul patung-patung nie, sekarang nie berjangkit pula kat kakak aku. Nasiblah kak ko dah ada anak. PAmeran nie kat semua negeri ada. Dalam negeri tue bukan sahaja satu tempat mungkin dua tiga tempat yang buat pameran The Smurts nie. Rugi pula siapa yang xmengumpulnya. Rugi juga siapa yang xpg melihatnya. Setiap bulan mesti akan ada pameran toy-toy di Mcdonald diseluruh negara. Setiap bulan berlainan toy yer. Pameran tue betul-betul berada didalam restoren Mcdonaldlah. MAta tue kena melilau sedikitlah kalu nak tengok. Hehehe^^



 Sekarang tarikh tutup untuk mendapatkan The Smurts sudah ditutup! Sila nangis!!



 Yang paling aku sayang sekali adalah BRAINY, serius memang comel habis.






  Kebanyakkan patung-patung diatas berjaya aku kumpulkan. Setiap minggu ke macdonald ^^ sama naik ngan kakak aku. 



Siapa yang dah tengok cerita nie kat panggung? Silap Jawap! Bestke x?



BefdaY Gift From SomeOne Betties

DEar DiarY PinOkoO,


Salam Semua ^^








Tak terkata rasanya bila dapat befday gift dari my betties. Tanks banyak-banyak kerana kamulah saya masih berdiri dan berpijak di bumi yang nyata nie. Nilai persahabatan kita tidak ternilai dengan wang ringgit. Terima kasih juga kerana sudi ada disisiku semasa aku susah dan senang. Serius, aku suka sangat hadiah nie. Love pink so much sampai lebam. Befday card tue aku dah buka. COmel beb!!

HAri ke-82 Faris dilahirkan.

DEar DiarY PinokOo,


Salam Semua ^^


Pada 20 Jun 2013 aku dapat seorang lagi anak sedara bernama IsFaris Al-Amin aka Firas. Aku suka usik nama dia firas sebab semasa dia lahir hangat sangat drama Sebenarnya Saya Isteri Dia lakonan Tiz Zaqyah dan Izzue Islam. Kebetulan hero dalam filem tuekan nama firas. Tue yang aku panggil BOTAK sebagai firas. Terbaru pulak nama gelaran dia aku panggil BOTAK sebab comel sangat rupa dia after dibotakkan hari tue. Macam-macam aku nie. Firas nie budak dia baik sangat, time lapar jer menangis. Tue pun perlahan jer dia menangis. First time jumpa budak baik macam nie. Suka sangat peluk cium dia. Serius suka sangat bau dia. Hehehe.









































Hadiah sempena firas dilahirkan. Serius first tengak kasuk comel nie terus teringat firas.



HePpY BeFdaY AQILAH

Dear DiarY PinOkOo,

Salam Semua ^^

HeppY BEfdaY to my little girl ke-1 tahun. Dilahirkan 1 September 2012. Ramai sangat anak sedara sampai x sempat nak upload gambar sorang-sorang. si Aqilah nie susah sikit nak aku dekati sebab suka sangat menangis. Tapi nie first time dia tak nangis tanpa ada mak ayah dia. Masa nie aku bawa alia,afiq,aqilah pg taman. Apa-apa pun heppy befday ek sayang ^^ Semoga panjang umur dan murah rezeki.








Riang Raya Raara 2013

Dear DiarY PinokOo,

Salam Semua ^^


Tajuk entry bukan main gempak, tapi yang sebenarnya hanya tuhan saja yg tahu bila first time raya hari pertama tidak dapat pakai baju baru and than after dua tiga hari raya baju tue still tidak siap-siap. Orang lain semua pakai baju baru. Serius, memang menyampah dengan tukang jahit tue. Serius sangat-sangat menyampah. Bertambah menyampah bila first time aku guna duit yang aku simpan sendiri untuk membelinya. Dan aku sendiri design baju tue. Siap berbincang bagai lagi dengan si tukang jahit tue. Dan aku siap beli lebih lagi meter kain tue kot-kot si tukang jahit tue cakap xboleh buat pattern yg aku hendak tue sebab xcukup meter. Makcik saya beli kain tue bukan murah!! MAHALLLL!!


Kesimpulannya aku kena gelak pagi-pagi raya sebab duk pokpek pokpek mengepek tentang baju raya xsiap. Jadi ambik inisiatif sendiri pakai baju mana ada kat dalam almari tue. Geram punya pasal nasib baik mak aku yg bayar upah jahit kat makcik tue. Kalau aku yang bayar memang kena pokpek pokpek dululah ngan aku. Upah jahit pun bukan murah!! MAHALL!! so, kalau x dapat nak siapkan cakap awal-awal jgn bt org comel mcm aku nie menanti-nanti. Jangan berjanji sahaja. Nie bukan kali pertama situkang jahit tue buat hal. Selalu sangat!! Dah la setiap kali event penting2 yg memerlukan baju tue yg dia selalu buat hal. Contoh esok raya, pagi esok lah kau boleh test baju raya ko. Kalu elok molek xpe ngan body tue. Kalau x elok??mcm mne? Konfem-konfem xboleh pakai kan.


Pengajaran yg aku dapat start tahun depan, aku dah start kerja, aku dah start ada duet, memang aku kena start cari tukang jahit barulah. MEmang aku fobia sangat-sangat. Marah-marah jugak, muka tetap kena senyum bila snap picture. Tue kan gambar raya, sekali setahun semua family berkumpul^^.



Raya Pertama

Raya first macam biasalah selalunya kami sekeluarga after balik sembahyang raya akan berkumpul di ruang tamu untuk sesi bergambar. Semua jenis posing kita org ambil. Semua tue untuk tontonn familylah sebab semua gambar tue disnap pakai DSLR. Aku malas nk upload sebab size dia besar. Upload pakai kamera hp sahaja. Raya pertama nielah semua jenis manusia akan datang beraya dirumah kami. Biarpun pernah bertikam lidah antara adik beradik momdady tapi hari raya diorang wajib datang rumah kami. Sepupu-sepapak yang selama nie x pernah nak tegur x contact datang sekali. Biar pun tidak puas dihati, tapi raya datang juga kerumah kami. Orang kata air dicincang tidak akn putus tambah-tambah darah yang mengalir dalm tubuh ko tue pun mengalir sekali dalm tubuh aku nie. Namakan lagi sedara. Kenapa mesti ada hasrat busuk hati, dengki sesama manusia tambah-tambah sesama sedarahsedaging. Xpelah raya-raya dtg mohon maaf sesama sendiri jika pernah khilaf tentang diri. Inilah raya namanya. Mengeratkan lagi hubungan sesama manusia^^.








Raya Kedua

Anak sedara bertambah ramai, semalam bergambar dengan anak sedara first and second. Sekarang nie bergamabr dengan the bongsu punya anak sedara. Kesian pulak sepatutnya ada satu entry khas untuk si firas nie. Sempena menyambut kelahirannya. Tapi disebabkan aku busy, xsempat lagi. HAri kedua, duduk rumahlah tunggu anak-anak jiran datang rumah.





Raya Ketiga

Raya ketiga, datang beraya rumah org yg menjemputlah. KEbetulan my mom xda kat rumah, jadi paksa jugak diri nie pg beraya umah sedara-sedara terdekat untuk makan-makan kuih muih dia org. Hehe. Raya-raya suka sangat makan kat umah org. BAlik-balik terus release tension, sbb cuaca panas sangat.






RAya Keempat

Raya keempat, memang wajiblah satu negeri jem dek kenduri perkahwinan. Time nie aku attend majlis kawan satu universiti iaitu wanie&hakam punya wedim. Tahniah bt dia org. Muda-muda dan nikah. Aku just ambil berkatlah. Kot-kot jodoh aku tahun depan. Itu pun kalau ada oarng masuk minanglah. Tue lah masa sekolah dulu fokus sangat kat stdudy sampai xsempat nak pandang anak teruna. Kalau dan pandang tue konfem-konfem sekarang nie aku dah pegang title tunangan orangkan. Bestnya bila jadi tunangan orang. Bila that day akan tiba!!








Akhir-akhir Syawal

Nak akhir-akhir syawal nie, aku and semua adik beradik aku attend rumah terbuka bapa saudara aku kat KL. Dan akhir-akhir nie juga abg aku ada buat open house kat bangi. Serius rugi sapa yg xdatang. Sebab aku masak semua tue. Hehehe..