Monday, September 09, 2013

Riang Raya Raara 2013

Dear DiarY PinokOo,

Salam Semua ^^


Tajuk entry bukan main gempak, tapi yang sebenarnya hanya tuhan saja yg tahu bila first time raya hari pertama tidak dapat pakai baju baru and than after dua tiga hari raya baju tue still tidak siap-siap. Orang lain semua pakai baju baru. Serius, memang menyampah dengan tukang jahit tue. Serius sangat-sangat menyampah. Bertambah menyampah bila first time aku guna duit yang aku simpan sendiri untuk membelinya. Dan aku sendiri design baju tue. Siap berbincang bagai lagi dengan si tukang jahit tue. Dan aku siap beli lebih lagi meter kain tue kot-kot si tukang jahit tue cakap xboleh buat pattern yg aku hendak tue sebab xcukup meter. Makcik saya beli kain tue bukan murah!! MAHALLLL!!


Kesimpulannya aku kena gelak pagi-pagi raya sebab duk pokpek pokpek mengepek tentang baju raya xsiap. Jadi ambik inisiatif sendiri pakai baju mana ada kat dalam almari tue. Geram punya pasal nasib baik mak aku yg bayar upah jahit kat makcik tue. Kalau aku yang bayar memang kena pokpek pokpek dululah ngan aku. Upah jahit pun bukan murah!! MAHALL!! so, kalau x dapat nak siapkan cakap awal-awal jgn bt org comel mcm aku nie menanti-nanti. Jangan berjanji sahaja. Nie bukan kali pertama situkang jahit tue buat hal. Selalu sangat!! Dah la setiap kali event penting2 yg memerlukan baju tue yg dia selalu buat hal. Contoh esok raya, pagi esok lah kau boleh test baju raya ko. Kalu elok molek xpe ngan body tue. Kalau x elok??mcm mne? Konfem-konfem xboleh pakai kan.


Pengajaran yg aku dapat start tahun depan, aku dah start kerja, aku dah start ada duet, memang aku kena start cari tukang jahit barulah. MEmang aku fobia sangat-sangat. Marah-marah jugak, muka tetap kena senyum bila snap picture. Tue kan gambar raya, sekali setahun semua family berkumpul^^.



Raya Pertama

Raya first macam biasalah selalunya kami sekeluarga after balik sembahyang raya akan berkumpul di ruang tamu untuk sesi bergambar. Semua jenis posing kita org ambil. Semua tue untuk tontonn familylah sebab semua gambar tue disnap pakai DSLR. Aku malas nk upload sebab size dia besar. Upload pakai kamera hp sahaja. Raya pertama nielah semua jenis manusia akan datang beraya dirumah kami. Biarpun pernah bertikam lidah antara adik beradik momdady tapi hari raya diorang wajib datang rumah kami. Sepupu-sepapak yang selama nie x pernah nak tegur x contact datang sekali. Biar pun tidak puas dihati, tapi raya datang juga kerumah kami. Orang kata air dicincang tidak akn putus tambah-tambah darah yang mengalir dalm tubuh ko tue pun mengalir sekali dalm tubuh aku nie. Namakan lagi sedara. Kenapa mesti ada hasrat busuk hati, dengki sesama manusia tambah-tambah sesama sedarahsedaging. Xpelah raya-raya dtg mohon maaf sesama sendiri jika pernah khilaf tentang diri. Inilah raya namanya. Mengeratkan lagi hubungan sesama manusia^^.








Raya Kedua

Anak sedara bertambah ramai, semalam bergambar dengan anak sedara first and second. Sekarang nie bergamabr dengan the bongsu punya anak sedara. Kesian pulak sepatutnya ada satu entry khas untuk si firas nie. Sempena menyambut kelahirannya. Tapi disebabkan aku busy, xsempat lagi. HAri kedua, duduk rumahlah tunggu anak-anak jiran datang rumah.





Raya Ketiga

Raya ketiga, datang beraya rumah org yg menjemputlah. KEbetulan my mom xda kat rumah, jadi paksa jugak diri nie pg beraya umah sedara-sedara terdekat untuk makan-makan kuih muih dia org. Hehe. Raya-raya suka sangat makan kat umah org. BAlik-balik terus release tension, sbb cuaca panas sangat.






RAya Keempat

Raya keempat, memang wajiblah satu negeri jem dek kenduri perkahwinan. Time nie aku attend majlis kawan satu universiti iaitu wanie&hakam punya wedim. Tahniah bt dia org. Muda-muda dan nikah. Aku just ambil berkatlah. Kot-kot jodoh aku tahun depan. Itu pun kalau ada oarng masuk minanglah. Tue lah masa sekolah dulu fokus sangat kat stdudy sampai xsempat nak pandang anak teruna. Kalau dan pandang tue konfem-konfem sekarang nie aku dah pegang title tunangan orangkan. Bestnya bila jadi tunangan orang. Bila that day akan tiba!!








Akhir-akhir Syawal

Nak akhir-akhir syawal nie, aku and semua adik beradik aku attend rumah terbuka bapa saudara aku kat KL. Dan akhir-akhir nie juga abg aku ada buat open house kat bangi. Serius rugi sapa yg xdatang. Sebab aku masak semua tue. Hehehe..





No comments: