Saturday, July 30, 2011

AdaB BerbUka Puasa

Dear DiarY PinOkoO,


Nak Berbuka puasa pun ada adabnya adik-adik ^^. X bOleh main hentam begitu jer. Org kte lbh baik mengikut sunnah nabi kerana lbh afdOl. Nasihat org tua-tua dlm apa jua keadaan
yg dilakukan, kita haruslah menjaga adab dan sopan.
Apatah lagi ketika dlm bulan puasa.
Antara adab yg sewajarnya dilakukan adalah:



Sebaiknya berada di meja makan pada waktu yang tepat. Bukan terlalu awal atau terlalu lewat.


Bacalah doa berbuka puasa. Elak dari terus menyuap sebaik saja azan kedengaran.


Ambillah kurma atau air kosong terlebih dahulu sebelum makan makanan berat seperti nasi.


Makanlah dengan tertib,jangan gelojoh kerana bimbang makanan dihabiskan oleh org lain.


Sebaiknya segera tunaikan solat magrib setelah berbuka dengan sedikit makanan.


Jika ingin makan lagi sebaiknya sambunglah selepas solat isyak atau solat terawih.

Org Tahu kO x puasa biLa...

Dear DiarY PinOkOo,

HelO ^^

Bulan puasa nie mmg bnyk cerita dan peristiwanya yg membezakannya peristiwa itu mns or pht jer. Baik bg org yg berpuasa mahupun org yg x berpuasa. Mcm-mcm kerenah kita blh lihat. jOm kita tinjau2 aksi org yg x berpuasa tetapi bersikap kononnya berpuasa sedangkan org thu dye x puasa.



Tiba-tiba saja sendawa sambil menggosok-gosok perut.


Keluar dari warung yg separuh tertutup dengan mulut menyepit pencungkil gg.


Bilik air semerbak dengan bau asap rokok setiap kali korg keluar.


Kerap sgt masuk bilik air atau surau di tempt kerja.


Hanya pada bulan puasa bawak beg or briefcase ke pjbt.


Belum pun msuk waktu zohor dah beli nasi bungkus untuk buat buka puasa.



Kelebihan Puasa ^^

Dear DiarY PinOkoO,

HelO Readers ^^


InfO seterusnya ini rara ingin berkongsi akan kelebihan Puasa. KOt2 la adik2 cOme kat luar tue x thu lagi akan kelebihan puasa meh cini baca entry kak rara. Entry ini khususnya pde adik2 yg baru mula nk belajar berpuasa, yg baru mula mengenal erti berpuasa. Bukan untuk abg2 kakak2 tue ek. Sebenarnya tadi rara search akan "kelebihan puasa" untuk kasi thu pde
murid2 rara keesOkkan nanti supaya taks ucapan rara x terabur. Baik bt persediaan before dihentam oleh budak2 kecik tue nanti ^^
if rara dpt bt dye org puasa sehari pun xpe, dpt pahala kOt rara ^^



KELEBIHANNYA..
Dapat merasa bagaimana peritnya org miskin yg xdpt makn sepanjang hari.


TERLEBIHNYA..
Dapat merehatkan anggota tubuh khususnya dalam perut yang bekerja tanpa henti.


TERLEBIH-LEBIH..
Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan berat badan jika berpuasa dengan betul.


MELEBIH-LEBIH..
Dapat mengurangkan sedikit perbelanjaan dari segi belanja makan dan kegiatan luar.


MELEBIH-LEBIH LAK..
Dapat mengurangkan kalau pun tidak dapat mengubah tabiat buruk seperti berbohong dan sebagainya.


SELEBIHNYA..
Dapat dijadikan cara hidup sihat untuk dipraktikkan pda bulan lain.




BahaYa Kekenyangan ^^

Dear DiarY PinOkoO,

HelO Readers Semua ^^


Hari nie rara ingin berkongsi sedikit infO tentang Bahayanya kalau terlalu kekenyangan terutamanya saat-saat puasa xlama lagi. Mesti nak baham semua menu yg ade depan matakan. Ikutkan nafsu haru jadinya.


Alhamdulillah bulan Ramadhan al-Mubarak yg kita nanti-nantikan telah pun kembali. Bersyukurlah kita kerana dapat berpeluang untuk mengerjakan ibadah puasa di bulan yang mulia. Akan tetapi beringatlah ketika berbuka puasa kerana kenyang itu ada bahayanya.


Barangsiapa yg banyak kenyangnya maka akan banyak dagingnya.

Barangsiapa yg banyak dagingnya maka kuat nafsu syawatnya (banyak berlapar dapat memadamkan nafsu syahwat).

Barangsiapa yang kuat nafsu syahwatnya maka akan banyak dosanya (kerana menghalang ia beribadah kepada Allah).

Barangsiapa yg banyak dosanya maka akan keras hatinya (tidak mahu menerima nasihat).

Barangsiapa yg keras hatinya maka dia akan tenggelam dalam bahaya dunia dengan segala macam perhiasannya.


Thursday, July 28, 2011

Wajah Baru bLOg Rara

Dear DiarY PinOkOo,

Salam Readers semua ^^


HepY sgt2 kerana rara sudah lama mengidam nak blog pink plus cOmel mcm nie. Akhirnya dpt juga dengan hasil tangan myravea. Time kasih byk2 pde myra sebab sudi mengubah blog ini. Dan sudi melayan kerenah kak rara tOk mencOmelkan blOg ini. Dengan kepandaian myra dlm adobepHotoshOp terjadilah gmbr2 comel mcm dibawah nie ^^




1) Header Blog PrincEss PinOkoO




2) Footer, siap de prince frOg lg! =)








3)Menu taB ^^




4) Banner PinOkoO ^^



5) Dunia PinOkoO

6) Love StOry


7) Biodata Princess PinOkoO


8) infO & tips


9) Princess PinOkoO


10) My prince

11) Diary PinOkoO


Selain dr itu myra juga tlg tukarkan latar blog rara menjadi warna pink. Siap cOrak polkadOt lg. Banyak lagi lah myra tlg edit tuk blog rara. sO kamO2 n kamO or spe2 nk blOg yg cOmel mcm rara nie jOm terjah myravea punya blog. Myravea sememangnya mengambil upah membuat header. Sape2 yg x nk pening2 kepale nk cOmelkan blog jOm minta tlg myra ^^ just bank inn kan duit n myra akn membuat header mengikut pemintaan kamu.


KaLO bOLeh seMua NaK!

Dear DiarY PinOkoO,

Salam Readers Semua ^^


Sempena bulan mulia yg akan kita smbut dlm mse 3 4 hari lagi,
rara ingin berkongsi sedikit infO tentang setiap kali dtgnya bulan mulia iaitu bulan Ramadhan setiap kali tuelah benda2 kecik nie berlaku.
KalO bOleh itu nak, ini nak, semua nak! KalO bOleh semua nk beli, semua nak disapu!
Macamlah duit penOh lam poket!
Hari baik bulan baik nie lbh elok bersederhana dlm semua benda.
Yg x bape pentg tue, yg x bape perlu tue lupakan sajalah!
Kang membazir plak. (nasihat tOk rara sekali! ^^)



KalO bOleh nk beli semua jenis kuih-muih, semua jenis lauk-pauk yg ade kat bazar ramadhan. Semua nk bOronglah! Selagi x hbs duit kertas rm1 kat dlm dompet tue selagi tue lah nk terkeluar bijik mata. Time perut lapar pertimbangan pOn dah xbape betOl. KalO ikutkan rasa, turutkan nafsu.. Rase2 memang bOleh telan 21 jenis kuih time2 berpuasa nie. Betul x?


KalO bOleh nk sgt2 tidO mula dr waktu imsak dan bangun ketika waktu berbuka tiba. Puasa apekebenda tue? Langsung xde dugaan, xde cabaran, n last sekali xde gOdaan. Sebabnya sehari suntuk xkeluar pg mne2 duduk lam umah jer. if bt kerja lam umah x pe, nie x tidO2 n tidO jer kerjanya. KalO budak kecik umur 6 7 tahun xpe la jugak..


KalO bOleh nk beli baju raya or nk tempah baju raya 16 pasang sekali tOk persiapan beraya. Kamu nie nak beraya ker or sje2 nk galamer? Kamu beria-ria sgt nie zakat fitrah dah bayOr ker? KalO bab2 baju nie mesti semua gegel terpandg cermin! bOboy mne kisah if xde bj raya pOm xpe. tOpik baju raye nie 80% dijuarai oleh gegel, sebab gegel memang suka sgt baju rye byk2.


KalO bOleh nak sgt2 main mercun atau pOm koman2 if xdpt mercun, meriam bulOh pom jadilah. Memang serOnok bunyi DUMdOM berdentam-berdentum! Masalahnya org lain beraya ada 10 jari, kamu beraye hilang 8 jari. Ke kau nk buang semua jari-jemari kau tue? Xpayah susah-susah main2 mercun. Meh cini ak tetak pakai kapak!Mau?


KalO bOleh nak tukar semua benda yg kat dlm rumah n luar rumah dengan yg baru. Itu mesti ikOt nafsu dan tak tahan melihat jiran2 sebelah berbuat begitu. Jiran tukar langsir, kita nk tukar jugak. Jiran tukar kusi, kita nk tukar jugak. Jiran cat rumah, kita pOm nk cat jugak! KalO mampu pun apalah gunanya. Banyak benda lain lagi yg lebh pentg!



sO adik2 makcik2 pakcik2, nasihat rara tOk kali ini KalO bOleh jgnlah terikut-ikut seperti 5 situasi diatas nie. HidOp lah secara sederhana. Bukan tOk kamu jer rara ingin nasihatkan sekali ngan rara, rara ingin nasihatkan. SemOga raya yg akan dtg selepas sebulan berpuasa nanti bermakna tanpa 5situasi diatas nie ^^ amin..

Saturday, July 16, 2011

NisFu SyaaBan ^^

Dear DiarY PinOkoO,



Dr sumber wikipedia ^^


Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.Pengertian nisfu Syaaban am bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.




Dr sumber Pekanrabu


Bacaan yasin

Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masakini tentang sahih batilnya amalan ini.

Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.

Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu berkampung di masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari Allah s.w.t.

Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka di Timur Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban. Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasin dan doa-doa yang mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca Yasin dan doa ini adalah sebahagian dari sekian banyak amalan bidaah ciptaan rakyat tempatan khusus untuk amalan penduduk nusantara ini!

'Solat Sunat' Nisfu Syaaban

Firman Allah (mafhumnya): “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu." [al-Maa’idah 5:3]. “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?" [al-Syur.a 42:21]

Dalam kitab al-Sahihain diriwayatkan daripada `Aisyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: "barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang mana bukan sebahagian daripadanya, akan tertolak.”

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Jabir r.a, Nabi (s.a.w) bersabda dalam khutbah Baginda: "Tetaplah kamu dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' Rasyidun, serta berpegang teguhlah padanya... Berwaspadalah terhadap perkara yang baru diada-adakan, kerana setiap perkara baru adalah bid'ah dan setiap perkara bid'ah itu adalah sesat.” Terdapat banyak lagi ayat Qur'an dan hadis yang seumpamanya.

Ini jelas sekali menunjukkan bahawa Allah telah sempurnakan agama umat ini, dan mencukupkan nikmatNya ke atas mereka. Tuhan tidak mengambil nyawa RasulNya sehinggalah Baginda selesai menyampaikan perutusan dengan seterang-terangnya dan menghuraikan kepada ummah segala apa yang telah diperintahkan Allah samada amalan perbuatan mahupun percakapan. Baginda s.a.w telah menerangkan bahawa untuk ibadah yang direka selepas kewafatan Baginda, segala bacaan dan amalan yang kononnya dilakukan menurut Islam, kesemua ini akan dicampakkan kembali kepada orang yang mencipta amalan tersebut, meskipun ia berniat baik.

Para Sahabat Nabi s.a.w tahu tentang hakikat ini, begitu juga para salaf selepas mereka. Mereka mengecam bid’ah dan menegahnya, sebagaimana telah dicatatkan dalam kitab-kitab yang menyanjung Sunnah dan mengecam bid’ah, ditulis oleh bin Waddah, al-Tartushi, bin Shamah dan lain-lain.

Antara amalan bid’ah yang direka manusia ialah menyambut hari pertengahan dalam bulan Syaaban (Nisfu Syaaban), dan menganjurkan puasa pada hari tersebut. Tidak ada nas (dalil) yang boleh dipercayai tentang puasa ini. Ada beberapa hadis dhaif telah dirujuk tentang fadhilat puasa ini, tetapi ianya tidak boleh dijadikan pegangan. Hadis-hadis diriwayatkan mengenai fadhilat doa sempena nisfu Syaaban kesemuanya adalah maudhu’ (rekaan semata-mata), sebagaimana telah diperjelaskan oleh sebahagian besar alim ulama. Kita akan lihat beberapa petikan dari ulasan para alim ulama ini.

Beberapa riwayat tentang hal ini telah dinukilkan daripada sebahagian ulama salaf di Syria dan lain-lain. Menurut jumhur ulama, menyambut nisfu Syaaban adalah bid’ah, dan hadis-hadis tentang fadhilat-fadhilat berkenaan hari tersebut adalah dhaif (lemah), sebahagian besar yang lain pula adalah maudhu’ (rekaan). Antara ulama yang memperjelaskan hal ini adalah al-Haafiz bin Rejab, di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif, dan lain-lain. Hadis-hadis dha`if berkenaan ibadah hanya boleh diterimapakai untuk amalan ibadat yang terdapat menerusi nas-nas yang Sahih. Tidak ada asas yang Sahih bagi sambutan nisfu Syaaban, oleh itu hadis-hadis dha`if tersebut tidak dapat digunapakai.

Prinsip asas yang penting ini telah disebutkan oleh Imam Abu’l-‘Abbas Sheikh al-Islam bin Taymiyah (rahimahullah). Para alim ulama (rahimahumullah) telah sepakat bahawa apabila wujud perselisihan di kalangan umat, maka wajiblah merujuk kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Apa-apa keputusan yang diperolehi daripada salah satu atau kedua-duanya adalah syariat yang wajib ditaati, sebaliknya apa-apa yang didapati bercanggah dengan kedua-duanya mestilah ditolak. Oleh itu sebarang amalan ibadat yang tidak dinyatakan di dalam kedua-dua (Qur’an dan Sunnah) adalah bid’ah dan tidak dibenarkan melakukannya, apatah lagi mengajak orang lain melakukannya atau mengiktirafkannya.

Sebagaimana Firman Allah (mafhumnya): “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya." [al-Nisa’ 4:59]

“Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).”[al-Shura 42:10]. “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Aal ‘Imr.an 3:31]

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” [al-Nisa’ 4:65]

Banyak lagi ayat-ayat lain yang serupa maksudnya seperti di atas, yang menyatakan dengan jelas bahawa sebarang perselisihan wajib dirujuk kepada Qur’an dan Sunnah, seterusnya wajib mentaati keputusan yang diperolehi daripada kedua-dua Nas ini. Ini merupakan syarat iman, dan inilah yang terbaik untuk manusia di dunia dan di akhirat: “Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya” [al-Nisa’ 4:59 – mafhumnya] maksudnya ialah Hari Akhirat.

Al-Hafiz bin Rejab (R.A) menyebut di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif tentang isu ini – setelah membincangkannya secara panjang lebar – “Malam Nisfu Syaaban asalnya diutamakan oleh golongan Tabi’in di kalangan penduduk Sham, antaranya Khalid bin Mi’dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir dan lain-lain, di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut. Orang awam menganggap bahawa malam tersebut adalah mulia kerana perbuatan mereka ini. Disebutkan bahawa mereka telah mendengar riwayat-riwayat Israiliyyat berkenaan kelebihan malam tersebut, sedangkan jumhur ulama di Hijaz menolak kesahihan riwayat ini, antara mereka adalah ‘Ata’ dan Ibnu Abi Malikah. ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan fatwa ini daripada fuqaha’ (Ulama Ahli Fiqh) di Madinah, dan inilah pandangan ulama-ulama Maliki dan lain-lain. Kata mereka: semua ini adalah bid’ah…

Imam Ahmad tidak pernah diketahui menyebut apa-apa pun tentang (adanya sambutan) Malam Nisfu Syaaban… Tentang amalan berdoa sepanjang Malam Nisfu Syaaban, tidak ada riwayat yang sahih daripada Nabi (s.a.w) ataupun daripada Para Sahabat Baginda …”

Inilah apa yang telah disebutkan oleh al-Hafiz bin Rejab (R.A). Beliau menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada langsung riwayat sahih daripada Rasulullah s.a.w mahupun daripada Sahabat-sahabat Baginda (R.A) mengenai Malam Nisfu Shaaban (pertengahan bulan Syaaban).


FrOm rara:

Ya Allah ampunilah dosa2 kecil dan besar ku selama setahun yg lalu kerana ak adalah insan yg lemah.. dan berkatilah ak dan bantulah ak supaya setahun kemudian ini ak berubah menjadi lebih bk dr sebelumnya.. dan amalan ku cukup setiap hari..Amin..