Tuesday, May 22, 2012

Game Rara

Dear DiarY PinOkoO,

Salam Semua ^^





Hari nie aku nak bg petua pada sesiapa yg ingin menghilangkan rasa boring dan mengantuk semasa belajar. Jawapan yg paling tepat adalah bermain dengan game seperti gambar yg aku tunjuk diatas. Memang syok habis bermain permainan ini bersama housemate aku kaklin,mira dan cornie. Boleh dikatakan memang rumah kami memang penuh dengan permainan seperti chess, sahiba, congkak pon ada. Memang aku sengaja mengumpul kesemua permainan diatas supaya senang cucu-cicit aku nak main nanti. Yg plg aku suka adalah UNO. Siap ada lagi lagu khas setiap kali aku menang UNO. Kepada budak-budak kelas aku yg selalu bertanyakan kenapa aku selalu datang lewat kekelas selalu pontem kelas mybe salah satu sebabnya adalah bermain UNO sampai lewat malam. HeheHe!! Adakah ini adalah satu alasan yg tidak logik? Percayalah anda kepada kenyataan ini^^



Sedikit info mengenai permainan Saidina dan Sahiba


1) Saidina adalah sejenis permainan berpapan. Seperti Monopoly, tujuan permainan Saidina adalah membeli hartanah dan mendapatkan keuntungan daripadanya dan menjual semula atau menyewakannya sehingga kekayaan para pemain berlipat ganda. Pemain yang dapat mengumpulkan kekayaan paling banyak akan digelar "SAIDINA". Pemain mengambil giliran untuk membaling dadu dan bergerak di sekeliling papan permainan mengikut nilai yang diperolehi dari balingan dadu.Permainan Saidina dapat meningkatkan daya niaga, kemahiran mengira dan membuat keputusan. Ia merupakan sebuah permainan yang menarik terutamanya sekiranya dimainkan dalam masa yang panjang sehingga ada yang muflis dan terpaksa menggadaikan semua harta untuk membayar hutang kepada bank ataupun pemain lain.


2) Sahiba merupakan salah satu permainan menguji minda yang mampu menjana pemikiran kanak-kanak (adakah aku seorang kanak-kanak?abaikan!!) supaya lebih kreatif dalam membina perkataan baru dan bermakna.

No comments: