Salam Semua ^^
Kita sebenarnya nk tergelak sangat-sangat, sebab first time mak kita ugut kita. Tadi mak kita ada pergi butik Fareeda dekat Bandar BAru Bangi. Mak kita ada beli dua helai tudung. Seperti ko orang tahu harga satu helai tudung fareeda boleh buat makanan aku selama seminggu setengah. Nak bagi tahunya memang amat mahal dan bagi aku sangat-sangat tidak berbaloi. Tapi jika ingin memiliki selai dua tue boleh dimaafkan.
Nak dijadikan cerita, cantiknya tudung mak aku beli. Serius mata aku berkenan. Nak pergi beli satu lagi, memang x mampulah. Jadi aku bodek mak aku, supaya aku dapat tudung tue. Nak dijadikan cerita, mari kat plenet mana x tahu idea mak aku tue, ingatkan dalam cerita sahaja yg terjadi. Rupanya realiti punnn..
Mak aku ugut aku bergayut dengan seorang sipolan nie. Dengan kata lain jika sipolan nie call, aku mesti jawap dan cakap elok-elok. Dengan kata lain aku juga mesti call sipolan tue biar mak aku dengar sekali bahawa aku call sipolan tue baru mak aku puas hati dan bagi aku tudung fareeda.
Aku apa lagi sangat-sangat terkejut!! Xmarah, Xpening,cuma sangat-sangat nak tergelak. Sebab selama nie tidak pernah lagi mak aku ugut aku. Beranilah mak aku nie. Yang buat aku peliknya macam manalah sipolan tue boleh buat mak aku ugut aku mcm nie. Sebenarnya aku amat-amat menyampah dengan seorang sipolan nie. Setiap kali sipolan nie call mesti aku macam xingin, xnak, xde hati nak dengar suara sipolan nie.
Padahal selama nie bercakap oke jer. Aku rasa mak aku kena bawa aku pg jumpa bomoh nie. Kot-kot lah aku terkena santau siapa-siapa. Nak dipendekkan cerita aku sambil gelak-gelak sanggup tue setuju dengan syarat mak aku tue. Malam tue aku pura-pura dial nombor sipolan tue, xsampai 2 saat aku terus letak. Memang menyampah yg amat!! Yg penting syarat tue aku tunaikan dan aku dapat tudung faHeeda yg xberapa faHeeda tue. Oke bye!!
nak tengok x??
TADAAAAAA...tudung yang sangat awesome dimataku. Titik!!
TADAAAAAA...tudung yang sangat awesome dimataku. Titik!!