Thursday, August 01, 2013

Despicable Me II HepYMeaL

Dear DiarY PinOkoO,


Salam Semua ^^.




Kita terkilan sebenarnya sebab xsempat nak kumpul toy Despicable Me. Kita pun xtahu time bulan july nie kita busy dengan apa. Sebab memang kita x jejak langsung McDonald. Mybe sebab kita puasa dalam bulan Ramadhan. Xkan tiap kali buka puasa aku telan ayam beger jer selalu. Boleh muntah darah aku dibuatnya. Tapi toy nie memang cepat habis sebab aku dah pergi 3 restoren McDonald semua mengatakan toy nie habis. Padahal msa tue belom smpi 31 July lagi. Tapi xpelah mybe xde rezeki ^^ apa-apa pun toy nie memang comel.

Monday, July 15, 2013

Koleksi Bekas Biskut. Jom Kumpul Sekarang!!

Dear DiarY PinOkoO,


Salam Semua ^^


Hari nie saya nak share 4 tin yg telah berjaya saya kumpul hasil dari pemerhatian saya! Berjayakan. Habis semua shopim moll aku jajak taw untuk dapatkan 4 tin nie. Dengan syarat dapatkan produk P&G pasti kamu juga akan dapat tin seperti dibawah. Kalau nk dapatkan dengan senang tin nie cuba pg TESCO terdekat dengan anda. Jangan pg MYDIN or moll lain sebab hanya di TESCO sahaja tin nie mudah dimiliki dan banyak pilihan. Itu pun jika masih ada stok. Kalau nk tahu semua nie aku dapat di TESCO Nilai. Kalau di MYDIN amat-amat susah nak dapattin yg kita plg suka. Ingat lagi bila first time terpandang tin nie di MYDIN KB. Masa tue ingatkan susahnya nk dapatkan tin comel nie. Aku siap berjumpa minah promoter yg kerek lagi sbb masa tue aku nk dapatkan tin pink tue sahaja. Terang-terangan lagi tersuluh dalam pamplet mengatakan bila aku membeli barang P&G rm28 keatas aku boleh memilih 1 dari 4 tin tersebut. Tetapi di MYDIN KB lain pula syaratnya. Memang sakit hari dilayan sombong oleh promoter tue. Nasib baik time tue aku puasa sunat. Jadi sabar tue kan separuh dari iman. Jadi aku mengambil tindakan untuk berdiam diri. Tapi nasibku memang baik bila promoter bodohkerek tue tersilap mcm mna tah terambik tin pink tue bg kat aku. Dik Promoter len kali kalau nk jd promoter tue baik anda belajar ABC dulu yer. Nak tergelak pula aku bila keluar dr tempat tue. Macam-macam manusia aku jumpa. Dugaan bila berpuasa la kot.



{Rara dah dapat. Kamu bila lagi ^^}


{Yeah!! jom hepy wif P&G}

{Tin nie terdiri dari 4 iaitu ayah,ibu,kakak dan adik}


{Jom balik kampung bersama P&G!!}


Koleksi terbaru Hello KittY CikRaara

Dear DiarY PinokOo,


HellO Semua ^^


Emmm.. berkurung berzaman aku x update belog aku nie ^^ ala-ala cayam belog nie oke. Tapi xpe memang beribu-ribu draf yg aku nk postkan tetapi tidak sempat dipostkan lagi disebabkan aku xsempat nak post. Banyak cerita yg aku nk share tapi xdpt nk dishare lagi, banyak gambar yg aku nk upload tapi xdpt nk upload. Sory ek syg ^^ i abaikan u seketika. Post meletOp aku kali nie aku nk share koleksi terbaru hello kitty aku yg sekoq nie. Uhhhh!! Hepy yg amat yer kawan-kawan bila benda yg aku nak, yg aku cari, yg aku teringin, yg aku idamkan akhirnya aku dapat miliki. Bukan senang nk dpt yer adik-adik!! mesti kena ada USAHA. Comfirm sapa-sapa yg minat tue akan teringin memilikinya. Hehehe! Like me!!!




Koleksi Pertama Cik Mitty  ^^

>>BEG HELLO KITTY<<


{pilihan hari cik rara pada kali nie warna MERAH ^^ say gudbye to PINK}




{Dapat sahaja beg tue terus cik raara gayakan ^^ uwaaa!!comel sngt!}


{xlepas beg nie ke tangan siapa-siapa. Hehehe!}


Sebenarnya dah lama aku usha-usha beg hello kitty nie taw!! Dan akhirnya pada bulan julai 2013 aku dapat memilikinya. Seminggu nie deret aku duk pakai beg nie ^^  Harganya iaitu rm40 dan boleh didapati di kedai OneMyShop area Bandar Baru Bangi. Kedainya betul-betul sederet dengan bank CIMB dan Butik Fareeda area Bangi. Xsilap aku tinggal lagi satu sahaja beg nie kat kedai tue. 

Memang bnyak jenis beg hello kitty yg boleh kita jumpa kat mana-mana kedai tapi kain dan warna jenis nie susah nk jumpa. Biasa kalau kita jumpa pun jenis kain beg yg lembut tue. Pastu warna pink gtue. Macam budak-budak nak bawa pg tadika la pulak kan. Biar pun aku nie peminat warna pink yg tegar tetapi kena lihat juga barang apa yg sesuai dengan warna pink. Xsemua benda sesuai dengan warna pink. Xkan semua benda nk rembat warna pink. Nanti org kata aku gila pulak!



Koleksi Kedua Cik Mitty ^^

>> Doodle Hello Kitty<<


{cik mitty sedang membaca buka}


{cik mitty tgh bt aerobic}


{cik mitty main badminton}


{cik mitty tgh masak berbuka jap lagi!!}


Keempat-empat doodle cik mitty nie aku dapat khas dari MacDonald. Comelkan?? Saya X boikot MACDONALD! Saya cakap sekali lagi secara terbuka dan terang-terangan saya x boikot MacDonald ^^ Insyallah kejap lagi saya akan berbuka di MacDonald. Berkenaan isu boikot tue betol-betol buat aku rasa takut, gelisah dan berfikir. Takut sangat sampai kadang-kadang xboleh nk lelap mata nie. Rasa berdosa pom ada, rasa mcm pembunuh pom ada. Dan aku pernah nak boikot produk nie. Tapi aku ada akal dan otak yg boleh berfikir.


Bila kita search dan siasat banyak rupanya produk israel nie. Bukan hanya MacD sahaja tetapi seluruh dan kebanyakkan benda yg kita guna seharian sekali lagi aku kata seharian nie adalah produk israel. Tetapi yang aku pelik kenapa MacD sahaja yg digembar-gemburkan untuk diboikot? Bagi aku alang-alang nk boikot produk israel baik semua di boikot. Punyalah mulut tue becok, lantang duk cakap boikot2 pada MacD tetapi masih menggunakan produk israel seperti INTEL, NOKIA, CALVIN KLEIN, CLINIQUE, KFC dan banyak lagi. Cermin diri tue dan tanya diri tue sendiri betolker kau memboikot produk israel??? Kalaulah diri tue masih lagi guna xpayah dok habaq dok kecoh kat org lah yg ko tue boikot. Meluat aku dengan kau taw!!! Buat sakit hati aku yg mendengar nie. Panas-panas!! Bukan apa aku xkisah pom kau nk boikot atau x. xde kena-mengena ngan diri aku. Tue diri kau. Xpayah duk kecoh kat org. Sebab yg jadi meluatnya kat sini yg tue kau boikot yg selebihnya tue kau x boikot. 



Koleksi Ketiga Cik Mitty

>>Mitty Box<<


Box nie rara xcari pom, just terjumpa satu shopping mall nie. Mula-mula aku x nk beli pom. Lepas kekawan aku duk cakap rugi kalau xbeli. Betul jugak!! Jadi al-kisahnya terus rara beli. Inilah penangan hasutan kawan-kawan. Nasib baik hasutan x membahayakan diri ^^



Koleksi terbaru Cik MittY Raara ^^



Tuesday, July 02, 2013

mOmy ugut RaaRa!!

Dear DiarY PinOkoO,

Salam Semua ^^


Kita sebenarnya nk tergelak sangat-sangat, sebab first time mak kita ugut kita. Tadi mak kita ada pergi butik Fareeda dekat Bandar BAru Bangi. Mak kita ada beli dua helai tudung. Seperti ko orang tahu harga satu helai tudung fareeda boleh buat makanan aku selama seminggu setengah. Nak bagi tahunya memang amat mahal dan bagi aku sangat-sangat tidak berbaloi. Tapi jika ingin memiliki selai dua tue boleh dimaafkan. 

Nak dijadikan cerita, cantiknya tudung mak aku beli. Serius mata aku berkenan. Nak pergi beli satu lagi, memang x mampulah. Jadi aku bodek mak aku, supaya aku dapat tudung tue. Nak dijadikan cerita, mari kat plenet mana x tahu idea mak aku tue, ingatkan dalam cerita sahaja yg terjadi. Rupanya realiti punnn..

Mak aku ugut aku bergayut dengan seorang sipolan nie. Dengan kata lain jika sipolan nie call, aku mesti jawap dan cakap elok-elok. Dengan kata lain aku juga mesti call sipolan tue biar mak aku dengar sekali bahawa aku call sipolan tue baru mak aku puas hati dan bagi aku tudung fareeda.

Aku apa lagi sangat-sangat terkejut!! Xmarah, Xpening,cuma sangat-sangat nak tergelak. Sebab selama nie tidak pernah lagi mak aku ugut aku. Beranilah mak aku nie. Yang buat aku peliknya macam manalah sipolan tue boleh buat mak aku ugut aku mcm nie. Sebenarnya aku amat-amat menyampah dengan seorang sipolan nie. Setiap kali sipolan nie call mesti aku macam xingin, xnak, xde hati nak dengar suara sipolan nie. 

Padahal selama nie bercakap oke jer.  Aku rasa mak aku kena bawa aku pg jumpa bomoh nie. Kot-kot lah aku terkena santau siapa-siapa. Nak dipendekkan cerita aku sambil gelak-gelak sanggup tue setuju dengan syarat mak aku tue.  Malam tue aku pura-pura dial nombor sipolan tue, xsampai 2 saat aku terus letak. Memang menyampah yg amat!! Yg penting syarat tue aku tunaikan dan aku dapat tudung faHeeda yg xberapa faHeeda tue. Oke bye!!



nak tengok x??



TADAAAAAA...tudung yang sangat awesome dimataku. Titik!!




Monday, March 11, 2013

Kehidupan Pelajar Kejuruteraan

Dear Diary PinokOo,


Selamat Petang Semua ^^

Dah tiga hari dah terasa bahang panasnya dunia nie termasuk hari nie empat hari terasa panasnya negeri Perlis nie. Mybe nie dugaan untuk penduduk Perlis. Tambah diduga pula buat siapa-siapa yg pakai motor macam aku nie terutama masa nak keluar makan tengah hari. Ada dua pilihan nak berlapar or nak berpanas? Konfem-konfem aku sggup berlapar, tue bila keluar dah beli siap-siap bekal jika berlapar pada tengah hari matahari menegak makan sahaja benda yg ada. Dahla sekarang nie petang-petang sikit datang pula sifat nature aku iaitu mengantuk, panas xpanas gagahkan juga diri nie sbb mata manggil-manggil untuk tidur.


Kehidupan aku sangatlah hambar (kecuali cuti hjung mggu) hari-hari macam biasalah pagi pg kelas petang jika ada kelas lagi stay kat Pauh sampai habis kelas. Sekarang nie duk menyiapkan thesis memang terpaksa stay kat Pauh la. Habis sahaja kelas mesti pg cari kedai makan isi perut nie dulu. Jika dah makan nak dekat gelap malam-malam x keluarlah kecuali kalau lapar sangat. Malam-malam jika malas sngat nak stdy kerjanya mengONLINE sepanjang malam. Kesimpulannya hari-hari hidup aku kat perlis nie bangun-kelas-makan-tidur-online+makan-tidur tue jika aku ke kelas kalau x ke kelas gamaknya tidurlah sepanjnag hari ^^ mana xtembam pipi-pipi nie.


Geram!Geram!Geram! (rasa nak cobit jer pipi nie)


Jadi disaat menulis entry nie aku nak cuba ubah hidup aku. Hajat nak beli bunga hidup pastu beli pasu pastu nk letak depan meja stdy^^ ala-ala bunga tepi tingkap. Biar aku bersemangat nak teruskan hidup macam bunga tue. Suburkan keceriaan hidupku seperti memberi baja pada bunga tue. Dah bunga bagi oksigenkat aku mestilah aku kena bagi cahaya+air+baja kat bunga tue. Confem bunga tue akan hepy. Setuju x? Nak try carilah esok.


I need oksigen! I need a life! I must change!
Asyik dia yg becok mulut berkata-kata why not skrg nie aku pula.






Sunday, March 10, 2013

Rindunya Bambam

Dear DiarY PinokOo,

Salam semua ^^


Baru 1 bulan x jumpa dah gedik-gedik rindu bambam. Sepuluh video yg dirakam bersama bambam tgk hari-hari pom x pnh jemu. Tambah2 bila dgr gelaktawa bambam. Oh! rindunya aku pada dia. Setiap kali pg sopimmopim jumpa jer baju baby yg comel-comel terus ingat bambam ^^ Sebab tue aku selalu turun KL semata-mata nk jumpa bambam. Sem lepas lg teruk rindu gila smpi hbs jer final hari nie ptg esok terus naik bas pg KL. Sekarang nie pom aku duk rindu bambam nie. Suka sgt usik budak nie, suka sgt buat budak nie smpi nagis. Hehehe^^ nakalkan aku nie. Lepas jer dari mata mak dia n momy aku mesti kena budak nie aku kerjakan. Geram kot, omey sgt. Love u adik bambam.












Saturday, March 09, 2013

Dinner PPK Sistem Elektrik 2012/2013

Dear DiarY PinOkOo,

Salam Semua viewers&followers ^^


Main-main hentam taik kucing pulak berspeking landon nie. HeheHe. Semalam secara besar-besaran semua    student PPK Sistem Elektrik berkumpul di majlis makan malam bertemakan hitammerah. Memang hepy habislah bila semua budak satu kelas berkumpul jumpa pula junior2 comel plus hemsem2. Yg before nie xpnh nampak muka pom blh ternampak semalam. Sedangkan semua yg hadir tue semua kebanyakkan satu kolej kediaman. Rara pula mcm biasalah ikut kepala sendiri xmenepati tema langsung. It's oke, saja nk pakai yg mana ada ^^ jimat sikit duet rara, simpan bt kawin. Xsaba pulak! kenn! 


Rara sngt2 berpuas hati dengan junior2 yg handle majlis tue semalam, memang nampak teratur ^^ kasi a+ kat ko org sbb sudi handle majlis tue. Ingt senang ker nak handle satu-satu majlis nie. Tambah2 kalau dalam satu geng tue ada pulak 10 kepala, macm2lah jawapnya. Hope majlis macm nie still berlangsung sampai bila-bila. Tapi nk tergelak juga bila teringat majlis2 dinner nie. Rasanya sejak diploma kami selalu datang lewat, setengah jam majlis berlangsung muka kami baru smpi pagar. Bukan apa katanya lagi dinner selagi makeup x 2 jam selagi tuelah xkan siap. Dinner kali nie rara&mira buat tema sendirilah iaitu ala-ala arab mari tah dari planet mana tah ^^ jom tgk!












Vampire malam ^^


Ada macm Najwa Latif x?hehe.


my lovely classmate ^^



Monday, February 18, 2013

Bilik Rara KKB 32-A1-3

Dear DiarY PinOkoO,


Salam semua ^^


Sem baru bermula lagi . Ini beerti sem last sebagai student amat2 bermakna sekali dalam hidup aku nie. Mybe after this aku akan mula hidup baru dengan alam pekerjaan, mesti rindu habis dengan alam ala-ala remaja di universiti. HeheHe. Lepas nie lagi pening kepala aku nk mikir thesis yg sudah 1 bulan aku tinggalkan. YaAllah, permudahkanlah segala urasan thesisku semoga semua berjalan dengan lancar ^^ Dalam sibuk2 mengejar thesis alam pink tidak akan aku tinggalkan. Adoi, mcm biasalah perangai budak2 nie still lekat dlm diri nie. Macam biasa lah seperti sem-sem yg lalu tempat yg plg ptg sebagai student adalah meja study. sO, part2 kekemasan meja nie aku cerewek cikit sebab
Sedetik, Sesaat, Sejam, Sehari, Sebulan, Sehabis sem nie ^^ disinilah ♥





Hope dengan keceriaan yg ada nie, semuanya berjalan dengan lancar ^^ amin.



Wednesday, February 13, 2013

Befday adik Bambam

Dear DiarY PinOkoO,


Salam pwincess&pwince ^^


Selamat Hepy BefdaY adik bambam ke-10 bulan kot. Syg adik ketat-ketat. Hope one day adik akan jd insan yg berguna and jga mama baik-baik ^^ Ingat pesan sue, jga mama baik2. Jangan lupa sue rara yg comel nie taw. Hehehe. Semalam rara,mysis,mymom n mylittle girl yg teramat comel yg teramat bermakna dlm hati nie menyambut befday mylittlegirl. Disebabkan rara rasa kot x sempat nk smbut befday adik bambam ke 1 tahun jadi rara n mysis nk smbut awal2 befday adik bambam. So semalam kami gegel2 plan nk pakai sedondong ngan adik bambam tema pich&oren. Rara n sis memang plan nk pakai tema sma kebetulan momy pom turut seport. Hajat dihati nk smbut kat umah jer tapi tiba2 momy pulak last minute katanya nk pg KB. so befday adik bambam kami smbt kat macdy KB. Simple sahaja tapi amat bermakna dihati. Tengah2 tulis entry nie pom memang rindu gila kat adik bambam. Keletah n gelakkan gediknya memang buat kami satu family terhibur. LOve adik bambam.













Adik nie suka sgt buat kecoh ^^

Monday, February 11, 2013

Makan Gulai at rumah kawan mOmy

Dear DiarY PinOkoO,


HadOi, raya-raya cina nie memang ramai sgt nak bebini nak berlaki ^^ tahniah. Raya-raya nie memang x menang tangan sebab satu hari tue ada jugak 6 bijik rumah yg bt kenduri kahwin. Xpg jap g kan nanti rumah kita dia x dtg pulak. Jadi nk memeriahkan lagi majlis tue letih x letih sempat x sempat kami tetap nk pg. Org kata perut nie penuh dah dengan gulai-gulai kawah smpi yg rumah ke-6 nonhado nak sumbat lagi. Memang x nyumbatlah just sekadar minum segelas air sirap je lah. Pg rumah org kahwin tue kena la take pic. Life aku selagi tak take pic selagi tue x sah ^^